Ahad, 9 Januari 2022 | 8:04am
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford. - Foto ihsan The Sun.
Penyerang Manchester United, Marcus Rashford. - Foto ihsan The Sun.

Rashford kecewa

LONDON: Penyerang Manchester United, Marcus Rashford berkata dia kecewa dengan laporan media yang mempersoalkan komitmen pemain terhadap Ralf Rangnick selepas permulaan sukar pengendali Jerman itu di Old Trafford.

Beberapa pemain United dilaporkan tidak gembira dengan gaya dilaksanakan Rangnick dan pemangku pengurus itu berkata Jumaat lalu bahawa dia sedar beberapa pemain mahu meninggalkan kelab itu bulan ini.

"Kami semua kecewa dengan persembahan terbaharu ini dan kami juga kecewa dengan bahan berita mengenai komitmen kami bukan hanya kepada pengurus dan staf kejurulatihan tetapi juga kepada kelab," kata Rashford menerusi akaun Twitter miliknya.

"Saya amat menghormati kedua-duanya dan saya tidak sabar untuk meningkatkan lagi permainan saya di bawah mereka... saya bukan merajuk, saya tidak gembira."

Pemain antarabangsa England berusia 24 tahun itu masuk dari bangku simpanan ketika tewas 1-0 dalam saingan liga kepada Wolverhampton Wanderers.

Ia adalah kekalahan pertama di bawah Rangnick yang menyebabkan United kekal di tangga ketujuh, empat mata di belakang tempat ke Liga Juara-Juara bersama satu perlawanan dalam tangan.

Rashford berkata dia tidak berpuas hati dengan persembahannya ketika ini tetapi menambah bahawa dedikasinya terhadap kelab tidak sepatutnya dipersoalkan.

United akan menanti kehadiran Aston Villa pada pusingan ketiga Piala FA awal pagi Selasa ini waktu Malaysia.

- REUTERS

Berita Harian X