Ahad, 26 Disember 2021 | 10:35pm
Aksi pemain Vietnam, Ho Tan Tai (kanan) dengan pemain Thailand, Theerathon Bunmathan pada aksi separuh kedua Piala AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura, sebentar tadi.

Thailand, Indonesia berentap di final

KUALA LUMPUR: Thailand dan Indonesia akan berentap bagi merebut gelaran 'Raja Bolasepak ASEAN' pada aksi final Piala AFF 2020 di Singapura.

Ini selepas Thailand yang juga juara lima kali mara ke final selepas menyingkirkan juara bertahan, Vietnam 2-0 secara agregat dalam aksi timbal balik separuh akhir.

Memegang kelebihan dua gol, Thailand menutup peluang Vietnam untuk mempertahankan kejuaraan selepas masing-masing terikat tanpa jaringan pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Nasional, sebentar tadi.

Pada aksi terbabit, Vietnam memaksa Thailand untuk lebih banyak bertahan pada babak pertama dan menghantar amaran awal menerusi percubaan Nguyen Quang Hai seawal minit ketiga yang tepat ke dakapan Chatchai Budprom.

Pemain Vietnam, Phan Van Duc (kiri) diasak pemain Thailand, Teerasil Dangda dalam aksi separuh kedua Piala AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura. - Foto AFP

Pemain Thailand, Phitiwat Sookjitthammakul (kiri) bersaing dengan pemain Vietnam, Ha Duc Chinh. - Foto AFP

Pemain Vietnam, Nguyen Quang Hai (kanan) mengambil sepakan percuma. - Foto AFP

Reaksi jurulatih Thailand, Alexandre Polking (kanan) sambil diperhatikan jurulatih Vietnam, Park Hang-seo ketika perlawanan. - Foto AFP

Pemain Vietnam, Phan Van Duc (kiri) berebut bola dengan pemain Thailand, Chanathip Songkrasin. - Foto AFP

Tindakan Chatchai yang cuba 'menyapu' bola tinggi mengundang padah apabila dia mengalami kecederaan sekali gus terpaksa digantikan dengan Siwarak Tedsungnoen pada minit ke-31.

Selepas rehat, Vietnam terus menggandakan asakan untuk mendapatkan gol yang didambakan namun buntu sehingga wisel penamat dibunyikan sekali gus membolehkan skuad 'Gajah Perang' ke final buat kali kesembilan.

Terdahulu, skuad 'Garuda' terlebih dahulu mengesahkan tiket ke final selepas mengetepikan juara empat kali yang juga tuan rumah, Singapura 5-3 secara agregat, semalam.

Pemain Vietnam, Nguyen Van Toan (tengah) cuba mengambil bola sambil cuba dihalang pemain Thailand, Yusef Elias Dolah (kanan) dalam saingan separuh kedua Piala AFF 2020 di Stadium Nasional, Singapura. - Foto AFP

Reaksi jurulatih Vietnam, Park Hang-seo (kanan) ketika perlawanan. - Foto AFP

Penyokong Vietnam di Stadium Nasional, Singapura. - Foto AFP

Penyokong Thailand di Stadium Nasional, Singapura. - Foto AFP

Berita Harian X