Ahad, 12 Disember 2021 | 7:41am
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya menerusi penalti ketika menewaskan Norwich City di Stadium Carrow Road di Norwich. - AFP
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya menerusi penalti ketika menewaskan Norwich City di Stadium Carrow Road di Norwich. - AFP

Penalti Ronaldo selamatkan Man Utd

NORWICH, United Kingdom: Ralf Rangnick mempersoalkan gaya Manchester United selepas penalti Cristiano Ronaldo memberikan kemenangan "bertuah" 1-0 berdepan pasukan bergelut, Norwich awal pagi tadi.

Ronaldo menyempurnakan penalti babak kedua yang memberikan Rangnick kemenangan kedua berturut-turut dalam Liga Perdana sejak dia menggantikan Ole Gunnar Solskjaer yang dipecat.

United mendapati mereka sukar mengekalkan rentak dalam tempoh yang lama dan David de Gea menyelamatkan beberapa percubaan sebelum Ronaldo meledak gol ke-13 sejak menyertai kelab itu dari Juventus pada Ogos.

"Ia perlawanan yang sengit, sangat fizikal," kata Rangnick. "Kami perlu berupaya bersaing pada tahap seperti itu. Masih ada ruang untuk meningkat dalam aspek itu.

Ketua jurulatih sementara Manchester United berasal dari Jerman, Ralf Rangnick melihat anak buahnya beraksi pada perlawanan menentang Norwich City di Stadium Carrow Road di Norwich. - Foto AFP
Ketua jurulatih sementara Manchester United berasal dari Jerman, Ralf Rangnick melihat anak buahnya beraksi pada perlawanan menentang Norwich City di Stadium Carrow Road di Norwich. - Foto AFP

"Babak kedua sedikit lebih baik tetapi pada penghujungnya kami bernasib baik tidak melepaskan gol. Ia satu lagi aksi tanpa bolos tetapi masih banyak kerja perlu dilakukan.

"Ia juga persoalan mengenai bahasa badan dan fizikal, ia adalah isu utama yang kami boleh lakukan dengan lebih baik."

Skuad kendalian Rangnick kini berkedudukan kelima Liga Perdana, sama mata dengan pasukan tangga keempat, West Ham ketika pengendali Jerman itu menyasarkan untuk kembali mencari tempat ke Liga Juara-Juara. - AFP

Penyerang Manchester, Marcus Rashford (kanan) cuba dihalang pertahanan Norwich City, Max Aarons, pada aksi perlawanan, pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Manchester, Marcus Rashford (kanan) cuba dihalang pertahanan Norwich City, Max Aarons, pada aksi perlawanan, pagi tadi. - Foto AFP

Berita Harian X