LONDON: Brentford naik ke pertengahan Liga Perdana selepas meledak dua kali dalam enam minit terakhir untuk menewaskan Watford 2-1 awal pagi tadi.
Watford mencerahkan peluang untuk mencipta jurang enam mata dari zon penyingkiran hasil tandukan Emmanuel Dennis pada pertengahan babak pertama.
Walaupun tanpa tonggak penyerang, Ivan Toney yang diuji positif COVID-19, skuad Bees menukar rentak pada penghujung saingan.
Kapten Brentford, Pontus Jansson menanduk masuk gol pertamanya buat kelab hasil hantaran lintang Marcus Forss.
Pemain gantian, Saman Ghoddos kemudian mengumpan buat William Troost-Ekong yang dikasari dalam kotak penalti pada minit akhir perlawanan.
Bryan Mbuemo mengambil tugas penalti tanpa kehadiran Toney dan tenang memperdaya Daniel Bachmann bagi memastikan kemenangan kedua Brentford dalam sembilan saingan liga.
Skuad kendalian Thomas Frank naik ke kedudukan kesembilan, 10 mata di luar zon penyingkiran dalam musim pertama mereka di liga utama England dalam tempoh 74 tahun. - AFP