Selasa, 7 Disember 2021 | 10:00pm
Lewandowski selar ucapan Messi yang sekadar cakap kosong ketika anugerah Ballon d’Or.
Lewandowski selar ucapan Messi yang sekadar cakap kosong ketika anugerah Ballon d’Or.

Lewandowski bidas Messi

LONDON: Robert Lewandowski menyelar 'sembang kosong' Lionel Messi yang sebelum ini menyatakan dia sepatutnya memenangi anugerah Ballon d'Or bagi tahun 2020.

Minggu lalu, Messi merangkul anugerah terbabit buat kali ketujuh selepas setahun anugerah terbabit dibatalkan kerana pandemik COVID-19 yang juga menjadi tahun terbaik buat penyerang Bayern Munich itu.

"Robert, kamu berhak mendapat Ballon d'Or. Semua orang bersetuju untuk mengatakan bahawa anugerah ini patut menjadi milik anda pada tahun lalu.

"Saya berharap France Football akan memberikan Ballon d'Or bagi tahun 2020 kepada kamu. Kami percaya kamu berhak memenanginya dan kamu patut ada (Ballon d'Or) di rumah," kata Messi.

Meskipun turut mengucapkan tahniah kepada Messi namun penyerang Poland itu mengakui dia kecewa tidak mendapat anugerah terbabit dan sempat menyelar Messi.

"Saya sedih. Saya tidak dapat menafikannya. Saya tidak boleh katakan saya gembira.

"Bersaing hebat dengan Messi, sudah tentu saya hormat dengan cara dia bermain dan apa yang sudah dicapainya selama ini.

"Dengan hakikat di mana saya mampu bersaing dengannya, ia menunjukkan betapa jauhnya tahap yang mampu saya capai.

"Tetapi saya tidak teruja untuk mendapatkan anugerah bagi tahun 2020.

"Saya lebih suka kalau ia (kenyataan Messi mengenai Ballon d'Or 2020) supaya lebih tulus dan bertimbang rasa daripada pemain yang hebat dan bukan setakat cakap kosong," kata Lewandowski. - AGENSI

Berita Harian X