LONDON: Michael Carrick percaya Cristiano Ronaldo akan menyerlah dalam sistem memberi tekanan terhadap lawan seperti sering dilakukan pengurus sementara Manchester United, Ralf Rangnick.
Dikatakan penyerang United, Ronaldo tidak memiliki kualiti untuk berjaya dalam perancangan memerlukan kerja keras ditetapkan Rangnick itu.
Rangnick dilantik sebagai bos United hingga penghujung musim selepas pemecatan Ole Gunnar Solskjaer.
Ketika pengendali dari Jerman itu masih menanti permit kerja, Carrick kekal mengendalikan pasukan bagi kunjungan Arsenal ke Old Trafford awal pagi esok.
Dan dia tidak meragui bahawa bintang Portugal berusia 36 yahun itu boleh menyesuaikan diri dengan taktikal Rangnick.
"Mungkin ia mitos," kata Carrick apabila ditanya mengenai pandangan bahawa Ronaldo tidak akan memberikan tekanan kepada lawan.
"Dia bermain dalam pasukan yang banyak, bertahun lamanya dan berjaya bermain dalam pelbagai cara.
"Dia terus menjaringkan gol untuk setiap pasukan dia beraksi dan saya yakin dia akan terus menjaringkian gol, tiada keraguan mengenainya.
"Pemain akan menyesuaikan diri. Anda perlu ada kemahiran untuk cara yang berbeza. Ralf sebelum ini memiliki pencapaian baik dalam tempoh yang lama dan berjaya dengan cara itu."
Carrick menjawab sedikit persoalan mengenai Ronaldo yang diletakkan di bangku simpanan dan dia menggunakan taktik memberi tekanan ketika seri 1-1 berdepan Chelsea. - AFP