Rabu, 1 Disember 2021 | 6:23pm
Foto tular dimuat naik individu yang tak jadi berbogel dari KL ke Johor dengan menulis: "Minta maaf..tak jadi bogel KL ke Johor..saya ada sesak nafas." - Foto ihsan pembaca.
Foto tular dimuat naik individu yang tak jadi berbogel dari KL ke Johor dengan menulis: "Minta maaf..tak jadi bogel KL ke Johor..saya ada sesak nafas." - Foto ihsan pembaca.

Penyokong tak jadi bogel dari KL ke Johor

KUALA LUMPUR: Seorang individu yang dipercayai penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) tular di media sosial selepas kekalahan skuad Harimau Selatan dalam aksi final Piala Malaysia berdepan Kuala Lumpur City (KL City) di Bukit Jalil, semalam.

Ia selepas netizen menuntut individu berkenaan menunaikan 'janji' untuk berbogel dari Kuala Lumpur (KL) hingga ke Johor sekiranya KL City mengalahkan JDT dalam aksi final yang berlangsung Stadium Nasional.

Menerusi satu klip video yang tular di media sosial, individu berkenaan berkata:" Malam ini (semalam) Johor lawan KL. Ok bro macam ini bro, kalau KL boleh kalahkan Johor, aku bogel dari KL sampai Johor.

"Bogel tau. Aku bogel. Serius cakap punya. Bukan sembang. Tak pernah dalam sejarah KL boleh kalahkan Johor. Aku bogel dari KL sampai Johor," katanya.

Individu berkenaan menjadi 'buruan' netizen bagi menuntutnya untuk mengotakan kenyataan itu selepas JDT tewas 2-0 di tangan KL City.

Namun, individu berkenaan sekali lagi tular selepas dia memuat naik sekeping gambar dengan menulis: "Minta maaf..tak jadi bogel KL ke Johor..saya ada sesak nafas."

Pelbagai lagi reaksi penyokong JDT kini tular di media sosial selepas aksi final, semalam, termasuk video seorang penyokong skuad Harimau Selatan yang dengan yakin meluahkan bahawa JDT boleh menang 8-0 ketika ditemu bual media tempatan sebelum perlawanan.

Berita Harian X