KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kuala Lumpur City (KL City), Zhafri Yahya dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan akhir Piala Malaysia 2021.
Dia yang berusia 27 tahun meledak gol pertama KL City pada minit ke-66 untuk membantu skuad City Boys menewaskan juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) 2-0 di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Kejayaan itu menyaksikan KL City menamatkan penantian 32 tahun skuad City Boys selepas kali terakhir dimenangi mereka pada 1989.