LONDON: Juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City kini hanya satu mata di belakang pendahulu, Chelsea selepas merakam kemenangan 2-1 ke atas West Ham.
Riyad Mahrez menyaksikan jaringannya dibatalkan kerana ofsaid di Etihad tetapi tuan rumah kemudian mendahului permainan selepas hantaran Mahrez disempurnakan Ilkay Gundogan.
Selepas itu, Declan Rice hampir berjaya menyamakan kedudukan tetapi percubaannya diselamatkan Ederson sebelum pemain gantian Fernandinho menjadikan kedudukan 2-0 di akhir permainan.
Manuel Lanzini merapatkan jurang untuk West Ham dalam masa kecederaan tetapi ia tidak mencukupi untuk anak buah David Moyes mengelak kekalahan kedua berturut-turut.
"Peluang-peluang yang kami cipta, sepatutnya tiga atau empat gol," kata pengendali City Pep Guardiola kepada BBC selepas perlawanan.
"Pemain-pemain yang diturunkan cukup cemerlang. Semua sekali, mereka amat lengkap. Kami tak lupa pasukan mana yang kami hadapi. Mereka memiliki segalanya,".
- AFP