Isnin, 29 November 2021 | 12:10am
Fernandinho (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang West Ham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad. - AFP
Fernandinho (dua dari kanan) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang West Ham pada aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Etihad. - AFP

City 'potong' Liverpool

LONDON: Manchester City merampas semula kedudukan kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dari Liverpool selepas meraih kemenangan 2-1 ke atas West Ham United di Stadium Etihad, sebentar tadi.

Jaringan City dihasilkan Ilkay Gundogan dan Fernandinho pada minit ke-33 dan 90, sementara gol tunggal West Ham diledak Manuel Lanzini pada masa kecederaan.

City kini berkongsi 29 mata dengan pendahulu, Chelsea sementara West Ham yang mengutip 23 mata selepas 13 perlawanan di kedudukan keempat.

Di Stadium King Power, Leicester City menewaskan Watford 4-2 untuk naik ke tangga kesembilan dengan mengumpul 18 mata.

Skuad kendalian Brendan Rodgers berada di depan pada minit ke-16 hasil jaringan James Maddison sebelum Joshua King menyamakan kedudukan buat pelawat, 14 minit kemudian.

Jamie Vardy kembali meletakkan Leicester di depan dengan meledak dua gol pada minit ke-34 dan 42 sebelum Ademola Lookman menambah gol keempat The Foxes pada minit ke-68.

Sementara itu, Everton pula tumpas 0-1 di tangan Brentford dengan jaringan tunggal perlawanan disumbangkan Ivan Toney pada minit ke-24.

Aksi Burnley menentang Tottenham pula terpaksa ditangguhkan akibat salji tebal di Turf Moor. - AGENSI

Berita Harian X