Ahad, 28 November 2021 | 5:25pm
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu (dua kiri) diiringi isteri yang juga Pengerusi Food Perak Foodbank, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Datuk Mohamed Radzi (dua kanan) menyampaikan kotak makanan kepada penerima turut bersama Pengerusi KIWANIS Club Of Jelapang, Syed Nasrul Azmi Syed Mahmud (kiri) selepas di Majlis Perasmian Program Derma Darah Perak Foodbank dengan Kerjasama KIWANIS Jelapang di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Tawas Tambahan, Jelapang. NSTP/SHARUL HAFIZ ZAM

Ahmad Faizal bersumpah tiada kaitan dengan IMC

IPOH: Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bersumpah menafikan dirinya mempunyai kaitan dengan pengambilalihan Perak FC oleh sebuah syarikat pengiklanan, Impact Media & Communication (IMC) Sdn Bhd seperti yang didakwa warganet dalam media sosial.

Ahmad Faizal yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengungkapkan lafaz sumpah sewaktu ditanya pemberita mengenainya.

"Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak ada kena mengena dengan syarikat yang mengambil alih Perak FC.

"Namun sudah tentu, saya dan seluruh penyokong bola sepak Perak akan beri sokongan berterusan.

"Jadi jagalah pasukan ini dengan baik dan pastikan lakukan perkara yang betul demi kepentingan pasukan. Rakyat dan penyokong bola sepak negeri ini mempunyai harapan besar melihat pasukan itu berjaya dan menjadi satu kuasa bola sepak besar di dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Program Derma Darah Perak Food Bank bersama Kiwanis Jelapang di Dewan Serbaguna Kampung Tersusun Tawas Tambahan di sini, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Food Bank Perak, Datin Seri Dr Nomee Ashikin Mohamed Radzi.

Selasa minggu lalu, PAFA mengumumkan IMC sebagai pemilik baharu Perak FC selepas 100 peratus pegangan saham badan induk itu dijual kepada syarikat berkenaan.

Berita Harian X