Jumaat, 26 November 2021 | 10:57pm
Pasukan JDT meraikan kemenengan menerusi keputusan agregat 4-1 pada perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia antara Pasukan JDT dan Pasukan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. NSTP/NUR AISYAH MAZALAN

JDT bergaya ke final

ISKANDAR PUTERI: Johor Darul Ta'zim (JDT) mara ke pentas final Piala Malaysia selepas menang dengan agregat 4-1 apabila membelasah Terengganu FC (TFC) 3-0 pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim, di sini sebentar tadi.

JDT selaku juara bertahan akan berdepan sama ada Melaka United atau KL City FC pada aksi final piala berprestij edisi ke-100 di Stadium Bukit Jalli, Selasa ini selepas aksi kedua-dua pasukan itu bermula lewat akibat gangguan bekalan elektrik di Stadium Hang Jebat.

Penyerang JDT, Bergson da Silva meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang TFC pada aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. NSTP/ NUR AISYAH MAZALAN

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim (kiri) diasak pemain Terengganu FC, Dechi Marcel (kanan) dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. NSTP/ NUR AISYAH MAZALAN

Skuad Harimau Selatan yang turun tanpa perancang utama, Leandro Velazquez selepas pemain dari Argentina itu di gantung satu perlawanan akibat mengumpul dua kad kuning memaksa pengendali pasukan, Benjamin Mora menyenaraikan Safiq Rahim untuk beraksi di posisi tengah.

Ternyata tuan rumah tidak menunggu lama apabila membuka tirai jaringan apabila bola tandukan S Kunanlan pada minit keenam membolehkan Bergson Da Silva biarpun di cabar pemain TFC bertindak pantas melakukan rembatan deras dari jarak 35 meter tepat ke penjuru kiri gol menewaskan penjaga gol, Suhaimi Husin.

Anak didik Mora membuat skuad bimbingan Nafuzi Zain terkedu pada minit ke-10 selepas bola gerakan menarik Ariff Aiman Hanapi di posisi sayap kiri mengumpan bola kepada Bergson yang kemudian melambung bola buat Gonzalo Cabrera merembat kencang menewaskan Suhaimi untuk meletak tuan rumah selesa mendahului 2-0.

Tuan rumah terus mengganas pada minit ke-14 selepas tindakan Cabrera merampas bola daripada Habib Haroon Saeed di luar kotak penalti bertindak pantas mengumpan bola untuk Bergson yang merembat bola kencang tepat ke penjuru kanan menewaskan Suhaimi.

Namun tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Safiq dilayangkan kad merah oleh pengadil perlawanan, Muhammad Nazri Nasaruddin kerana mengasari Faisal Halim selang seminit selepas Bergson menjaringkan gol ketiga.

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim kelihatan menitiskan air mata akibat dilayangkan kad merah separuh masa pertama dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia Pasukan JDT menentang Pasukan Terengganu FC di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. NSTP/ NUR AISYAH MAZALAN

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Gonzalo Cabrera ketika menjaringkan gol kedua dalam perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor. NSTP/ NUR AISYAH MAZALAN

Walaupun beraksi menentang 10 pemain JDT, skuad Penyu terlepas peluang terhidang untuk merapatkan jurang gol selepas Jordan Mintah gagal menyudahkan bola selepas menyepak bola melepasi palang gol berpunca daripada bola umpanan Azarul Nazarith Azhar pada minit ke-36 tatkala hanya berdepan dengan penjaga gol, Farizal Marlias.

Bersambung babak kedua, skuad Penyu bermula garang apabila mengatur serangan dalam usaha merapatkan jurang gol namun kekentalan benteng yang diterajui Mauriico Dos Santos dan Shane Lowry tampak sukar dirobohkan.

Berita Harian X