Isnin, 22 November 2021 | 8:03am
Pengurus Tottenham, Antonio Conte gembira pasukannya menang mengatasi Leeds United dalam aksi Liga Perdana di London, Britain. - EPA
Pengurus Tottenham, Antonio Conte gembira pasukannya menang mengatasi Leeds United dalam aksi Liga Perdana di London, Britain. - EPA

Conte mula langkah kanan, City benam Everton

Conte mula langkah kanan, City benam Everton

MANCHESTER, United Kingdom: Tottenham memerlukan kebangkitan babak kedua untuk memulakan era Antonio Conte dengan kemenangan 2-1 di Leeds manakala Manchester City mengetepikan Everton 3-0 untuk ke kedudukan kedua Liga Perdana.

Leeds pula hanya dua mata di atas zon penyingkiran selepas mereka cuba menggangu perlawanan liga pertama di bawah Conte sejak dia menggantikan Nuno Espirito Santo.

Tottenham gagal mencipta peluang ke sasaran dalam dua perlawanan awal liga dan ia tampak tidak berubah dalam 45 minit pertama.

Walaupun tanpa pemain utama, Raphinha dan Patrick Bamford, barisan muda Leeds bermain baik ketika mendahului 1-0 pada babak pertama hasil jaringan pertama Daniel James buat kelab itu.

Harry Kane yang menjaringkan hatrik berturut-turut buat England ketika rehat saingan antarabangsa, hanya sekali menemui gawang dalam Liga Perdana musim ini.

Kane gagal menemui gawang ketika berdepan Illan Meslier dan cubaan Son Heung-min tersasar ketika Spurs memperbaiki permainan selepas rehat.

Penyerang Tottenham, Harry Kane (dua dari kanan) cuba dihalang pemain Leeds United, Pascal Struijk (dua dari kiri) pada aksi perlawanan, awal pagi tadi. - Foto EPA
Penyerang Tottenham, Harry Kane (dua dari kanan) cuba dihalang pemain Leeds United, Pascal Struijk (dua dari kiri) pada aksi perlawanan, awal pagi tadi. - Foto EPA

Namun gol hadir daripada Pierre-Emile Hojbjerg yang meledak ke penjuru selepas sejam permainan.

Sergio Reguilon kemudian mencipta gol kemenangan menerusi jaringan pertamanya buat Spurs.

Kemenangan pertama dalam empat perlawanan membawa Tottenham di atas Manchester United yang memecat Ole Gunnar Solskjaer semalam.

Mereka berkedudukan ketujuh dan empat mata daripada kelompok empat teratas.

"Ini adalah mata permulaan. Saya beritahu kepada pemain, mereka perlu faham, jika kita mahukannya, kita boleh melakukannya," kata Conte.

"Pada babak kedua, kami mengubah sesuatu pada taktikal dan kami juga mahu bermain dengan rentak sama seperti Leeds, di bahagian atas padang."

Sementara itu City mencatat kemenangan lebih meyakinkan apabila gol daripada Raheem Sterling, Rodri dan Bernardo Silva membenam Everton di Etihad seterusnya mengurangkan kelebihan Chelsea di persada liga kepada tiga mata.

"Secara keseluruhan kami mengawal permainan," kata bos City, Pep Guardiola. "Kami bermain seperti sepatutnya untuk menewaskan pasukan seperti Everton." - AFP

Penyerang Manchester City, Raheem Sterling (kiri) ditarik pemain Everton, Michael Keane pada aksi perlawanan, awal pagi tadi. - Foto EPA
Penyerang Manchester City, Raheem Sterling (kiri) ditarik pemain Everton, Michael Keane pada aksi perlawanan, awal pagi tadi. - Foto EPA

Berita Harian X