Selasa, 26 Oktober 2021 | 9:15pm
Pengadil Anthony Taylor (tiga dari kiri) ketika mengendalikan perlawanan antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford pada Ahad lalu. - Foto Tbrfootball.com
Pengadil Anthony Taylor (tiga dari kiri) ketika mengendalikan perlawanan antara Manchester United dan Liverpool di Old Trafford pada Ahad lalu. - Foto Tbrfootball.com

Liverpool dakwa pengadil kasihan United

LONDON: Liverpool percaya pengadil, Anthony Taylor kasihan kepada Manchester United ketika dia mengendalikan perlawanan yang berakhir dengan kemenangan 5-0 ke atas The Reds di Old Trafford pada Ahad lalu.

Sumber yang dekat Jurgen Klopp memberitahu The Athletic betapa pengendali Liverpool itu kecewa selepas perlawanan berkenaan kerana dia menjangkakan lima pemain United sepatutnya dibuang padang.

Klopp berpendapat Fred juga sepatutnya menerima kad merah kerana mengangkat kaki terlalu tinggi ke arah Naby Keita sebelum pemain itu diterjah dengan teruk oleh Paul Pogba.

Sumber berkata 'sepatutnya United mendapat lima kad merah.'

Bercakap mengenai tindakan Fred ke atas Keita, sumber itu berkata '(Antoine) Griezmann mendapat kad merah kerana melakukan perkara yang sama ke atas Bobby (Firmino). Di mana konsistensinya?'

Malah, Liverpool juga melihat bukan setakat Pogba yang sepatutnya menerima kad merah namun beberapa pemain lain seperti Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes sepatutnya turut meninggalkan padang.

Pemain tengah Perancis itu dibuang padang pada minit ke-60 susulan terjahan keras ke atas Keita walaupun pada mulanya sekadar mendapat kad kuning sebelum semakan dilakukan video bantuan pengadil (VAR).

Ramai yang percaya Taylor enggan melayangkan kad merah kepada Pogba kalau tidak kerana Stuart Atwell - yang mengendalikan VAR untuk empat perlawanan terakhir Liverpool.

- AGENSI

Berita Harian X