Khamis, 21 Oktober 2021 | 7:10am
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kanan) menjaringkan gol kemenangan pasukannya dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Atalanta di Old Trafford dekat Manchester. - AFP
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo (kanan) menjaringkan gol kemenangan pasukannya dalam saingan Liga Juara-Juara menentang Atalanta di Old Trafford dekat Manchester. - AFP

Ronaldo selamatkan Man Utd

PARIS: Gol kemenangan lewat permainan Cristiano Ronaldo sekali lagi membantu kebangkitan Manchester United dalam Liga Juara-Juara sebentar tadi, kali ini berdepan Atalanta menerusi kemenangan 3-2.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer semakin terancam selepas pasukannya ketinggalan 2-0 pada babak pertama di Old Trafford apabila Mario Pasalic dan pertahanan tengah Turki, Merih Demiral meledak buat Atalanta.

Bagaimanapun Marcus Rashford merapatkan kedudukan lapan minit pada babak kedua yang mencetuskan satu lagi kebangkitan hebat.

PEMAIN Manchester United, Victor Lindelof (kiri) menghalang pemain Atalanta, Duvan Zapata manu21
PEMAIN Manchester United, Victor Lindelof (kiri) menghalang pemain Atalanta, Duvan Zapata manu21

Pada penampilan terakhir Liga Juara-Juara tiga minggu lalu, United ketinggalan di laman sendiri kepada Villarreal tetapi bangkit sebelum menang 2-1 dengan Ronaldo menjaringkan gol kemenangan pada waktu kecederaan.

Kali ini kapten Harry Maguire menyamakan kedudukan pada minit ke-75 dan Ronaldo melompat untuk menanduk masuk hantaran lintang Luke Shaw bagi meraih kemenangan 3-2 sembilan minit sebelum tamat.

Ia menambah menambah rekod 137 gol dalam Liga Juara-Juara buat Ronaldo.

"Kami ada tabiat melakukan perkara seperti ini di kelab," kata Solskjaer.

United kini mendahului Kumpulan F, dua mata di depan Atalanta dan Villarreal yang menang 4-1 mengatasi Young Boys di Bern. - AFP

Berita Harian X