Sabtu, 16 Oktober 2021 | 8:45am
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (kanan) menjelaskan dia merehatkan Cristiano Ronaldo bagi mengelakkan pemain itu keletihan. - EPA
Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer (kanan) menjelaskan dia merehatkan Cristiano Ronaldo bagi mengelakkan pemain itu keletihan. - EPA

Saya pengurus United - Solskjaer

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia tidak tertekan untuk meletakkan Cristiano Ronaldo di bangku simpanan sekiranya dia percaya bintang Portugal itu patut direhatkan.

Solskjaer mencetuskan kekecohan apabila dia meletakkan Ronaldo di bangku simpanan ketika United seri 1-1 berdepan Everton pada perlawanan terakhir sebelum rehat saingan antarabangsa.

Pemain berusia 36 tahun itu dimasukkan pada babak kedua tetapi United masih tercicir mata.

Ia juga membuatkan Ronaldo tampak tidak selesa dan mengomel ketika keluar dari padang selepas tamat permainan.

Bekas pengurus United, Alex Ferguson juga mengkritik keputusan Solskjaer apabila dia berkata "anda sepatutnya sentiasa meletakkan pemain terbaik anda."

"Saya pengurus, saya menguruskan pemain. Saya menguruskan kelab, adalah bagus melihatnya di padang kerana dia sentiasa membawa sesuatu yang lebih jika dia ada di padang, ia lebih baik," kata Solskjaer.

"Dia pemain yang menakjubkan, penyudah yang hebat, penjaring gol yang bagus, pemain yang begitu profesional. Sukar untuk tidak meletakkannya bermain."

Katanya keputusan untuk tidak memasukkannya lebih awal ialah bagi mengelak keletihan kerana United ada komitmen dalam Liga Perdana, Liga Juara-Juara dan Piala FA.

"Anda boleh bermain enam perlawanan dalam enam hari dan meletakkan kesebelasan utama yang sama pada setiap perlawanan, ia sesuatu yang hebat. Tapi kita perlu melihat penggiliran," kata Solskjaer menjelang pertemuan malam ini menentang Leicester. - AFP

Berita Harian X