Ahad, 26 September 2021 | 11:15pm
pemain Perak FC, Muhammad Adib Abdul Ra’op (tengah) diapit dua pemain Selangor pada aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium MBPJ, sebentar tadi. - FOTO NSTP/ASWADI ALIAS.
pemain Perak FC, Muhammad Adib Abdul Ra’op (tengah) diapit dua pemain Selangor pada aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium MBPJ, sebentar tadi. - FOTO NSTP/ASWADI ALIAS.

Penalti Ifedayo selamatkan Selangor

KUALA LUMPUR: Jaringan penalti Ifedayo Olusegun pada babak kedua membolehkan Selangor membuka saingan Piala Malaysia musim ini dengan langkah kanan apabila menewaskan Perak 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi.

Keputusan itu membolehkan skuad Red Giants berada dalam kelompok dua teratas Kumpulan B bersama Terengganu FC (TFC) yang meraih kemenangan 2-0 ke atas Kuching City.

Perak yang menghuni kelompok dua terbawah Liga Super musim ini tampak bukan lawan mudah buat Selangor apabila beberapa kali mencemaskan pintu gol tuan rumah.

Selangor bernasib baik apabila beberapa peluang terhidang gagal disudahkan dengan jaringan oleh jentera serangan Perak terutama menerusi Nana Poku yang tidak berjaya menampan kemas umpanan Charles Machell pada minit ke-30.

Selangor terpaksa menunggu hingga minit ke-80 untuk membuka tirai jaringan menerusi sepakan penalti Ifedayo selepas Sean Selvaraj dijatuhkan pertahanan lawan, seklai gus menjadi gol kemenangan Red Giants.

Pemain Selangor FC, Ifedayo Olusegun Patrick Omosuyi cuba menanduk bola sambil diasak pemain Perak FC, Muhamad Danish Haziq Saipul Hisham dan penjaga gol, Muhammad Azri Ab Ghani pada aksi Liga Super Malaysia 2021 di Stadium MBPJ, sebentar tadi. - Foto Aswadi Alias

Berita Harian X