Ahad, 19 September 2021 | 11:10pm
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo menjaringkan gol pertama pasukannya melepasi jangkauan penjaga gawang West Ham United, Lukasz Fabianski pada aksi EPL di Stadium London, timur London. United menang 2-1. - Foto AFP.

United bangkit atasi West Ham

LONDON: David de Gea menjadi wira Manchester United apabila menepis sepakan penalti minit akhir Mark Noble sekali gus membolehkan United menang 2-1 ke atas West Ham dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di sini, sebentar tadi.

Skuad The Hammers dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan Luke Shaw dan Noble yang dimasukkan untuk mengambil sepakan itu gagal menyempurnakannya.

West Ham mendahului pada babak pertama apabila percubaan Said Benrahma terbias Raphael Varane dan gagal diselamatkan de Gea.

Cristiano Ronaldo bagaimanapun meneruskan rentak konsisten apabila meledak gol penyamaan walaupun percubaan pertamanya diselamatkan Lukasz Fabianski.

Ole Gunnar Solskjaer menunggu sehingga perlawanan berbaki 15 minit untuk menambah sengat di bahagian serangan dan percaturan memasukkan Jesse Lingard berbaloi selepas pemain itu meledak gol kemenangan.

- AGENSI

s

Berita Harian X