Ahad, 19 September 2021 | 7:48am
Reaksi Pep Guardiola selepas Manchester City kendaliannya seri 0-0 menentang Southampton di Stadium Etihad. - Foto AFP
Reaksi Pep Guardiola selepas Manchester City kendaliannya seri 0-0 menentang Southampton di Stadium Etihad. - Foto AFP

Guardiola rasa bersalah sekadar seri

MANCHESTER: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola rasa bersalah selepas rayuannya untuk mendapatkan sokongan lebih padu peminat berakhir dengan keputusan seri 0-0 menentang Southampton.

Guardiola meminta sokongan lebih padu daripada peminat selepas hanya 38,062 orang tampil di Stadium Etihad ketika kemenangan 6-3 ke atas RB Leipzig dalam aksi Liga Juara-Juara Rabu lalu.

Namun dalam menerima kunjungan Southampton, kehadiran penyokong City hampir memenuhi kapasiti 55,000 penonton di Etihad.

Penyokong-penyokong memberikan suasana yang diidamkan Guardiola walaupun prestasi pemain di atas padang tidak mencapai tahap diharapkan.

"Setiap kali permainan tidak bagus saya rasa bersalah terhadap mereka. Mereka datang untuk lihat persembahan, permainan yang bagus dan apabila ia tidak berlaku saya rasa bersalah.

"Saya tidak kata perkara yang salah selepas perlawanan Leipzig. Saya kata kami mempunyai perlawanan yang sukar, termasuk ketika menentang Southampton, dan sokongan peminat amat diperlukan.

"Saya tidak pernah merungut tentang jumlah kehadiran penyokong. Saya tetap bersyukur walaupun 85 atau 100 orang yang hadir," kata Guardiola.

Guardiola menyaksikan pengadil Jon Moss mengubah keputusan untuk memberikan penalti kepada Southampton dan melayangkan kad merah kepada pertahanan City, Kyle Walker di babak kedua.

Jaringan Raheem Sterling untuk City pula dibatalkan kerana ofsaid dan ia disahkan menerusi ulang tayang VAR.

Keputusan itu meletakkan City tiga mata di belakang pendahulu, Liverpool dan Manchester United serta Chelsea, yang berpeluang memintas mereka menang ke atas lawan masing-masing malam ini. - AFP

Jaringan Raheem Sterling (dua dari kiri) untuk City dibatalkan kerana ofsaid dan ia disahkan menerusi ulang tayang VAR. - Foto AFP
Jaringan Raheem Sterling (dua dari kiri) untuk City dibatalkan kerana ofsaid dan ia disahkan menerusi ulang tayang VAR. - Foto AFP

Aksi penjaga gol Southampton, Alex McCarthy (kanan) ketika menyelamatkan gawangnya. - Foto AFP
Aksi penjaga gol Southampton, Alex McCarthy (kanan) ketika menyelamatkan gawangnya. - Foto AFP

Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus (kiri) cuba mengasak pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad. - Foto AFP
Penyerang Manchester City, Gabriel Jesus (kiri) cuba mengasak pemain Southampton, Mohamed Elyounoussi dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Etihad. - Foto AFP

Penyokong Manchester City. - Foto AFP
Penyokong Manchester City. - Foto AFP

Penyokong Southampton. - Foto AFP
Penyokong Southampton. - Foto AFP

Berita Harian X