Ahad, 12 September 2021 | 7:04am
Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika Manchester United menentang Newcastle United di Manchester, Britain. - EPA
Cristiano Ronaldo meraikan jaringannya ketika Manchester United menentang Newcastle United di Manchester, Britain. - EPA

Ronaldo sendiri tidak percaya

MANCHESTER, United Kingdom: Cristiano Ronaldo mengakui kepulangan "sukar dipercayai" ke Manchester United melebihi jangkaannya sendiri apabila bintang Portugal itu meledak dua gol ketika menang 4-1 mengatasi Newcastle malam tadi.

Ronaldo kembali ke United dari Juventus bulan lalu, 12 tahun selepas meninggalkan Old Trafford bagi menyertai Real Madrid.

Pemain berusia 36 tahun itu menandakan kemunculan keduanya bersama United dengan gaya tersendiri menerusi gol pada kedua-dua babak di depan 76,000 penonton.

Dua gol Ronaldo diikuti jaringan Bruno Fernandes dan Jesse Lingard ketika United kini di kedudukan teratas Liga Perdana.

Ia berlaku lebih baik daripada apa dibayangkan Ronaldo ketika dia memakai jersi nombor tujuh United sekali lagi.

Reaksi Bruno Fernandes selepas meledak gol ketiga United. - Foto EPA
Reaksi Bruno Fernandes selepas meledak gol ketiga United. - Foto EPA

"Saya tidak jangkakan meledak dua gol. Saya jangkakan satu tidak dua. Saya perlu menghargai penyokong dan apa dilakukan mereka kepada saya hari ini. Saya rasa sangat bangga melakukannya," katanya kepada BBC Sport.

"Sudah tentu saya gembira menjaringkan gol, saya tidak menafikannya tetapi perkara paling penting ialah pasukan dan mereka bermain bagus.

"Ia sukar dipercayai. Ketika saya memulakan perlawanan saya sangat gementar, saya bersumpah. Saya tidak menjangkakan mereka akan menyanyikan nama saya sepanjang perlawanan.

"Saya sangat gementar, mungkin saya tidak menunjukkannya, tetapi ia benar. Sambutan menakjubkan tetapi saya di sini untuk menang dan membantu pasukan." - AFP

Jesse Lingard rai gol keempat United. - Foto EPA
Jesse Lingard rai gol keempat United. - Foto EPA

Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo meraikan gol jaringannya ketika menentang Newcastle di Old Trafford. - Foto AFP
Penyerang Manchester United, Cristiano Ronaldo meraikan gol jaringannya ketika menentang Newcastle di Old Trafford. - Foto AFP

Berita Harian X