Khamis, 26 Ogos 2021 | 10:18pm
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu Aubameyang kekal bersama kelab itu walaupun ada khabar angin minat ditunjukkan Manchester City. - AFP
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta mahu Aubameyang kekal bersama kelab itu walaupun ada khabar angin minat ditunjukkan Manchester City. - AFP

Aubameyang akan kekal - Arteta

LONDON: Pierre-Emerick Aubameyang akan kekal sebagai pemain Arseal, kata pengurus kelab Liga Perdana itu, Mikel Arteta hari ini.

Penyerang Gabon itu melalui tempoh sukar musim lalu apabila hanya meledak 10 gol dalam liga – dia menjaringkan masing-masing 22 gol dalam dua musim sebelum itu – namun Arteta melihatnya sebagai pemain penting buat Gunners.

Pemain berusia 32 tahun itu meledak hatrik dalam permulaan pertamanya musim ini ketika menang 6-0 mengatasi kelab Liga Kejuaraan, West Brom pada Piala Liga semalam yang juga kemenangan pertama Arsenal selepas dua kekalahan dalam liga.

Mereka akan berkunjung ke pasukan juara, Manchester City Sabtu ini dengan skuad kendalian Pep Guardiola mahu menambah penyerang selepas sasaran utama, Harry Kane berkata dia akan kekal di Tottenham Hotspur musim ini.

Cristiano Ronaldo dikatakan menjadi sasaran seterusnya namun sukar memujuk Juventus melepaskannya, jadi Aubameyang boleh menjadi pengganti sesuai.

Pierre-Emerick Aubameyang.
Pierre-Emerick Aubameyang.

"Pierre-Emerick Aubameyang ialah pemain kami dan dia akan kekal di sini," kata Arteta.

Bagaimanapun Arteta tidak pasti apa yang akan berlaku jika kelab berkenaan menerima tawaran besar buat pemain yang sudah menandatangani kontrak baharu selama tiga tahun September lalu. - AFP

Berita Harian X