Ahad, 8 Ogos 2021 | 8:38am
Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba (tengah) menanduk bola ketika aksi persahabatan menentang Everton di Old Trafford. - Foto AFP
Pemain tengah Manchester United, Paul Pogba (tengah) menanduk bola ketika aksi persahabatan menentang Everton di Old Trafford. - Foto AFP

Man United belasah Everton di Old Trafford

LONDON: Jadon Sancho mungkin perlu bersabar untuk penampilan Liga Perdana Inggeris selepas Manchester United mengakhiri sesi latihan pra-musim dengan cemerlang tanpanya.

Sancho tidak beraksi dalam kemenangan 4-0 ke atas Everton kendalian Rafa Benitez selepas diberikan cuti tambahan oleh kelab baharunya susulan aksi final Euro 2020 bersama England, dan kemudian melengkapkan perpindahan ke Old Trafford dari Borussia Dortmund.

Pemain sayap itu akan menyertai latihan pertama bersama rakan sepasukan baharunya esok dan pengendali United Ole Gunnar Solskjaer berharap pertahanan Real Madrid Raphael Varane akan menyempurnakan perpindahannya minggu depan.

Sancho berpeluang terbabit dalam perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris menentang Leeds Sabtu ini, tetapi Solskjaer tidak akan meletakkannya dalam kesebelasan utama.

"Jadon akan bersama Isnin ini (esok) dan saya harap dia akan bersedia, tetapi kami perlu memastikan tahap kecergasannya. Kita tidak boleh terus menurunkannya dalam perlawanan.

"Kakitangan sains sukan bekerja keras untuk memastikan pemain-pemain bersedia. Dengan Raphael, pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan dan dia perlu dikuarantin serta menunggu visa, tetapi saya harap ia selesai dalam beberapa hari lagi," kata Solskjaer.

Dalam aksi persahabatan terakhir itu, United membuka jaringan pada minit kelapan menerusi Mason Greenwood selepas penjaga gol England, Jordan Pickford gagal menangkap kemas hantaran pertahanannya.

Pemain Manchester United, Mason Greenwood (tengah) meraikan jaringan bersama rakan pasukan. - Foto AFP
Pemain Manchester United, Mason Greenwood (tengah) meraikan jaringan bersama rakan pasukan. - Foto AFP

Penyerang Everton, Demarai Gray (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka dalam aksi perlawanan di Old Trafford. - Foto AFP
Penyerang Everton, Demarai Gray (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Manchester United, Aaron Wan-Bissaka dalam aksi perlawanan di Old Trafford. - Foto AFP

Harry Maguire menambah jaringan tujuh minit kemudian disusuli jaringan Bruno Fernandes pada minit ke-29.

Pickford dikeluarkan ketika rehat dan penggantinya Asmir Begovic berjaya bertahan sehingga masa kecederaan sebelum ditewaskan Diogo Jota untuk gol keempat United.

Everton kehilangan penyerang utama Dominic Calvert-Lewin dan Richarlison, yang membantu Brazil memenangi emas di Olimpik Tokyo. - AGENSI

Pemain pertahanan Everton, Seamus Coleman (dua dari kiri) dilayangkan kad kuning selepas mengasari pemain Manchester United, Daniel James (kanan). - Foto AFP
Pemain pertahanan Everton, Seamus Coleman (dua dari kiri) dilayangkan kad kuning selepas mengasari pemain Manchester United, Daniel James (kanan). - Foto AFP

Manchester United mengakhiri sesi latihan pra-musim dengan cemerlang. - Foto AFP
Manchester United mengakhiri sesi latihan pra-musim dengan cemerlang. - Foto AFP

Berita Harian X