Selasa, 13 Julai 2021 | 12:25pm
Pemain England, Jack Grealish (kiri) ditenangkan kapten pasukan, Harry Kane sambil diperhatikan pemain tengah, Phil Foden selepas skuad mereka tewas menerusi sepakan penentuan kepada Itali pada aksi final Euro 2020 di Wembley, Ahad lalu. - Foto AFP.
Pemain England, Jack Grealish (kiri) ditenangkan kapten pasukan, Harry Kane sambil diperhatikan pemain tengah, Phil Foden selepas skuad mereka tewas menerusi sepakan penentuan kepada Itali pada aksi final Euro 2020 di Wembley, Ahad lalu. - Foto AFP.

EURO: Grealish nafi enggan ambil sepakan penentuan

LONDON: Pemain England, Jack Grealish tampil mempertahankan dirinya atas dakwaan enggan mengambil sepakan penentuan ketika skuad Three Lions tewas di tangan Itali pada aksi final Euro 2020 di Wembley pada hujung minggu lalu.

Perlawanan berkenaan terikat 1-1 selepas berlangsung selama 120 minit sekali gus terpaksa ditentukan menerusi sepakan penentuan yang menyaksikan Harry Kane, Harry Maguire, Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka dipilih mengambil sepakan.

Rashford, Sancho dan Saka gagal menyempurnakan tiga sepakan terakhir, sekali gus menyerahkan mahkota kejuaraan kepada Itali.

Grealish yang masuk sebagai pemain gantian mempertahankan dirinya dengan membalas komen dari bekas pemain Ireland dan Manchester United, Roy Keane yang mengatakan dia patut mengambil sepakan itu.

"Saya katakan, saya mahu mengambilnya," kata Grealish menerusi akaun Twitter miliknya. "Pengurus (Gareth Southgate) sudah membuat begitu banyak keputusan yang tepat dalam kejohanan ini dan dia melakukannya malam ini!.

"Tetapi saya tidak mahu orang mengatakan saya enggan mengambil (sepakan) ketika saya sendiri mengatakan mahu melakukannya."

Keane berkata, pemain remaja, Saka tidak seharusnya diberi tugas untuk mengambil sepakan penalti kelima yang penting buat England.

Saka, 19, harus menyempurnakan sepakan itu untuk kedua-dua pasukan meneruskan penentuan, namun tendangannya diselamatkan penjaga gol, Gianluigi Donnarumma.

Penjaga gol Itali itu turut menyelamatkan sepakan Sancho manakala tendangan Rashford menggegar tiang gol.

- AGENSI

Berita berkaitan:

  • EURO: Penyokong England bergasak di luar stadium
  • EURO: Vialli 'tertinggal' bas
  • EURO: Itali juara
  • EURO: Donnarumma wira Itali
  • EURO: Penonton ceroboh Wembley
  • EURO: Southgate akui pilih pengambil sepakan penalti
  • EURO: 'Perasaan paling teruk dalam dunia kalah penalti'
  • EURO: Mancini julang skuad Azzuri
  • EURO: 'Ia impian jadi kenyataan, sukar dipercayai'-
  • EURO: Penyokong England kecewa
  • EURO: Ferdinand kena pukul penyokong guna tin
  • EURO: Keane bidas pemain senior England
  • EURO: Saka, Sancho, Rashford jadi sasaran kecaman perkauman
  • EURO: Southgate gesa pasukan England bangkit
  • EURO: Donnarumma pemain terbaik kejohanan
  • Galeri Warna-warni final EURO 2020
  • Berita Harian X