Isnin, 12 Julai 2021 | 6:15am
Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma menyelamatkan sepakan penalti Bukayo Saka untuk memastikan kemenangan ke atas England pada aksi final Euro 2020 di Wembley. - Foto EPA.
Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma menyelamatkan sepakan penalti Bukayo Saka untuk memastikan kemenangan ke atas England pada aksi final Euro 2020 di Wembley. - Foto EPA.

EURO: Donnarumma wira Itali

LONDON: Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma sekali lagi menjadi wira penentuan penalti apabila menyelamatkan dua sepakan dan satu sepakan tersasar untuk menewaskan England pada final Euro 2020.

Itali mengulangi kejayaan menjulang trofi Eropah pada tahun 1968 apabila mengungguli penentuan penentuan penalti 3-2 selepas terikat 1-1 di Wembley.

England kendalian Gareth Southgate mendahului permainan seawal minit kedua menerusi Luke Shaw hasil umpanan Kieran Trippier.

Terkejut dengan jaringan awal itu, anak buah Roberto Mancini kembali mencari rentak dan mengawal permainan sehingga tamat babak pertama.

PERTAHANAN Itali, Giorgio Chiellini (tengah) menjulang trofi kejuaraan Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penalti 3-2. - Foto AFP
PERTAHANAN Itali, Giorgio Chiellini (tengah) menjulang trofi kejuaraan Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penalti 3-2. - Foto AFP

PEMAIN Itali, Lorenzo Insigne (tengah) menjulang trofi kejuaraan Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penalti 3-2. - Foto AFP
PEMAIN Itali, Lorenzo Insigne (tengah) menjulang trofi kejuaraan Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penalti 3-2. - Foto AFP

Bersambung babak kedua, Itali meneruskan penguasaan dan hasilnya Leornardo Bonucci mengheret permainan ke masa tambahan dengan gol penyamaan minit ke-67.

Masa tambahan berlalu tanpa sebarang gol dan permainan terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Domenico Berardi, Leonardo Bonucci dan Federico Bernardeschi menyempurnakan sepakan untuk Itali manakala hanya Harry Kane dan Harry Maguire berjaya menewaskan Donnarumma.

Ketika England seakan mempunyai kelebihan apabila sepakan Andrea Belotti dan Jorginho diselamatkan Jordan Pickford, Marcus Rashford menyaksikan sepakannya tersasar dan Donnarumma menyelamatkan sepakan Jadon Sancho serta Bukayo Saka.

- AGENSI

Berita berkaitan:

  • EURO: Penyokong England bergasak di luar stadium
  • EURO: Vialli 'tertinggal' bas
  • EURO: Itali juara
  • EURO: Donnarumma wira Itali
  • EURO: Penonton ceroboh Wembley
  • EURO: Southgate akui pilih pengambil sepakan penalti
  • 'Perasaan paling teruk dalam dunia kalah penalti'
  • EURO: Mancini julang skuad Azzuri
  • EURO: 'Ia impian jadi kenyataan, sukar dipercayai'-
  • EURO: Penyokong England kecewa
  • EURO: Ferdinand kena pukul penyokong guna tin
  • EURO: Keane bidas pemain senior England
  • EURO: Saka, Sancho, Rashford jadi sasaran kecaman perkauman
  • EURO: Southgate gesa pasukan England bangkit
  • Galeri Warna-warni final EURO 2020
  • Berita Harian X