Rabu, 7 Julai 2021 | 6:38am
Aksi penyerang Sepanyol, Alvaro Morata selepas gagal menjaringkan penalti ketika menentang Itali di Stadium Wembley, London. - Foto AFP
Aksi penyerang Sepanyol, Alvaro Morata selepas gagal menjaringkan penalti ketika menentang Itali di Stadium Wembley, London. - Foto AFP

EURO: Morata cipta sejarah

LONDON: Alvaro Morata mencetak nama dalam sejarah selepas jaringan penyamaannya ketika bertemu Itali menyaksikan dia memintas Fernando Torres dan menyamai pencapaian Cristiano Ronaldo bagi rekod Eropah.

Gol Morata itu hadir pada minit ke-80 untuk membantu Sepanyol mengikat Itali yang terlebih dahulu di depan menerusi jaringan Federico Chiesa.

Jaringan itu membolehkan mereka mengheret perlawanan ke masa tambahan sekali gus menghidupkan peluang Sepanyol untuk mara ke final Kejuaraan Eropah 2020.

Itu adalah jaringan keenamnya di Kejuaraan Eropah, mengatasi Torres yang sebelum ini bergelar penjaring terbanyak Sepanyol di Kejuaraan Eropah dengan lima gol.

Sepakan penalti Alvaro Morata diselamatkan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma. - Foto AFP
Sepakan penalti Alvaro Morata diselamatkan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma. - Foto AFP

Morata juga menjadi pemain kedua yang meledak sekurang kurangnya tiga gol dalam Kejuaraan Eropah berbeza - menyertai Ronaldo yang melakukannya dalam tiga edisi.

Selain itu, penyerang Juventus itu juga menjadi pemain Sepanyol pertama yang menjaringkan gol buat pasukan dan juga negara di Wembley.

Bagaimanapun, ia tidak berakhir dengan kegembiraan apabila Morata gagal menyempurnakan sepakan penalti penentuan dan Itali mara ke final Kejuaraan Eropah 2020. - AGENSI

Alvaro Morata (dua dari kanan) meraikan bersama rakan pasukan selepas jaringkan gol penyamaan 1-1. - Foto EPA
Alvaro Morata (dua dari kanan) meraikan bersama rakan pasukan selepas jaringkan gol penyamaan 1-1. - Foto EPA

Aksi Alvaro Morata (kanan) ketika menjaringkan gol. - Foto EPA
Aksi Alvaro Morata (kanan) ketika menjaringkan gol. - Foto EPA

Berita Harian X