Rabu, 7 Julai 2021 | 5:58am
Sepakan penalti Jorginho membawa Itali ke final Euro 2020 selepas menewaskan Sepanyol 4-2 dalam penentuan penalti di Wembley. - Foto AFP
Sepakan penalti Jorginho membawa Itali ke final Euro 2020 selepas menewaskan Sepanyol 4-2 dalam penentuan penalti di Wembley. - Foto AFP

EURO: Jorginho pastikan final milik Itali

LONDON: Sepakan penalti Jorginho membawa Itali ke final Euro 2020 dengan menewaskan Sepanyol 4-2 dalam penentuan penalti selepas perlawanan terikat 1-1.

Gol penyamaan lewat permainan Alvaro Morata menyaksikan Sepanyol berjaya mengheret permainan ke masa tambahan selepas Federico Chiesa meletakkan Itali di depan pada minit ke-60.

Morata yang pertama kali bermula di bangku simpanan dalam kejohanan ini, dimasukkan pada minit ke-62 oleh Luis Enrique menggantikan Ferran Torres.

Percaturan Enrique ternyata membuahkan hasil apabila Morata menjaringkan gol penyamaan 10 minit sebelum tamat permainan selepas bermain satu dua dengan Dani Olmo.

Alvaro Morata (bawah) diraikan rakan pasukan selepas jaringkan gol penyamaan lewat permainan. - Foto AFP
Alvaro Morata (bawah) diraikan rakan pasukan selepas jaringkan gol penyamaan lewat permainan. - Foto AFP

Federico Chiesa meletakkan Itali di depan pada minit ke-60. - Foto AFP
Federico Chiesa meletakkan Itali di depan pada minit ke-60. - Foto AFP

Pemain Sepanyol, Dani Olmo (tengah) diasak pemain Itali ketika melakukan percubaan di depan gol. - Foto EPA
Pemain Sepanyol, Dani Olmo (tengah) diasak pemain Itali ketika melakukan percubaan di depan gol. - Foto EPA

Sepakan penalti Alvaro Morata diselamatkan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma. - Foto EPA
Sepakan penalti Alvaro Morata diselamatkan penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma. - Foto EPA

Unai Simon menyelamatkan sepakan pertama Itali yang diambil Manuel Locatelli. - Foto AFP
Unai Simon menyelamatkan sepakan pertama Itali yang diambil Manuel Locatelli. - Foto AFP

Morata yang sebelum ini terikat dengan Fernando Torres pada lima gol, kini mendahului senarai penjaring Sepanyol di pusingan akhir Kejuaraan Eropah dengan enam gol.

Masa tambahan berlalu tanpa sebarang gol dan permainan ditentukan menerusi sepakan penalti dengan Jorginho memastikan kemenangan Itali selepas sepakan Morata diselamatkan Gianluigi Donnarumma.

Sebelum itu Unai Simon menyelamatkan sepakan pertama Itali yang diambil Manuel Locatelli tetapi sepakan tersasar Olmo menjadikan kedudukan kembali seimbang.

Itali akan bertemu sama ada England atau Denmark, yang akan beraksi awal pagi esok, pada final di Wembley Ahad ini. - AFP

Penyokong Itali. - Foto EPA
Penyokong Itali. - Foto EPA

Penyokong Itali. - Foto EPA
Penyokong Itali. - Foto EPA

Gelagat dua penyokong Sepanyol di Stadium Wembley. - Foto AFP
Gelagat dua penyokong Sepanyol di Stadium Wembley. - Foto AFP

Sepanyol akan membenarkan 40 peratus penonton ke stadium dengan syarat ketat bermula bulan ini. - EPA
Sepanyol akan membenarkan 40 peratus penonton ke stadium dengan syarat ketat bermula bulan ini. - EPA

Berita Harian X