Khamis, 24 Jun 2021 | 8:46am
Ronaldo mengelak selepas dilemparkan botol Coca-Cola ke arahnya dalam perlawanan Portugal dan Perancis yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. - Foto AGENSI
Ronaldo mengelak selepas dilemparkan botol Coca-Cola ke arahnya dalam perlawanan Portugal dan Perancis yang berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. - Foto AGENSI

EURO: Ronaldo dibaling botol minuman, cawan

BUDAPEST: Pegawai keselamatan terpaksa mengawal Cristiano Ronaldo daripada penceroboh padang selepas seorang penonton membaling botol minuman Coca-Cola ke arah wira Portugal itu.

Ronaldo juga dibaling cawan minuman ketika meraikan jaringan penalti keduanya, ketika Portugal terikat 2-2 dengan Perancis yang bakal mempertemukan mereka dengan Belgium di pusingan 16 terbaik Euro 2020.

Pegawai keselamatan di sini, kemudian campur tangan bagi meleraikan situasi selepas seorang penonton menceroboh padang ketika Ronaldo terus berwaspada selepas melihat balingan botol ke arahnya.

Insiden itu berlaku seminggu selepas penyerang Juventus berkenaan mengalih dua botol Coca-Cola, sebelum sesi sidang media yang mencetuskan kontroversi terhadap penajaan.

Namun, selepas pemain Perancis, Paul Pogba mengekori jejak Ronaldo dengan mengalihkan botol minuman keras, UEFA memberi amaran kepada pasukan untuk tidak menghalang produk penaja.

Ronaldo dilihat mengusap belakang tengkuknya selepas dibaling cawan minuman itu.

Bekas pemain Real Madrid dan Manchester United itu mempunyai alasan untuk menikmati jaringan berkenaan.

Jaringan itu meletakkan dirinya untuk melepasi rekod dilakukan bekas penyerang Jerman, Miroslav Klose dalam kejohanan besar dengan 19 gol.

Pencapaian itu juga menjadikan Ronaldo menyamai rekod pemain Iran, Ali Daei dalam senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di peringkat antarabangsa. - AGENSI

Berita Harian X