Selasa, 22 Jun 2021 | 9:53am
Ronaldo menunjukkan kemahirannya untuk mempedaya Rudiger. Portugal tewas 4-2 kepada Jerman dalam aksi Kumpulan F Euro 2020. - Foto AFP
Ronaldo menunjukkan kemahirannya untuk mempedaya Rudiger. Portugal tewas 4-2 kepada Jerman dalam aksi Kumpulan F Euro 2020. - Foto AFP

EURO: Hamann sifatkan Ronaldo 'bodoh' tunjuk kemahiran

MUNICH: Bekas pemain Jerman, Dietmar Hamann melabel Cristiano Ronaldo sebagai 'bodoh' selepas kapten Portugal itu menunjukkan kemahirannya ketika kalah di tangan Jerman, kelmarin.

Bintang Juventus itu meledak gol ketiga di Euro 2020 dan beraksi dengan penuh yakin selepas meledak gol pembukaan Portugal pada babak pertama, sebelum tewas.

Sebelum Jerman menyamakan kedudukan, Ronaldo dilihat gembira apabila menunjukkan kemahirannya untuk memperdaya Antonio Rudiger.

Video aksi Ronaldo itu tersebar secara meluas di media sosial dengan ada yang memujinya, dan terdapat juga komen yang mengejek selepas dia akhirnya terpaksa menerima kekalahan.

Hamann menyifatkan, tindakan Ronaldo itu sebagai tidak memberi sebarang makna, selain menganggap ia mungkin menjadi pendorong kepada kebangkitan Jerman.

"Sudah tentu ia (menakjubkan) dan kami tahu dia boleh melakukannya. Saya fikir, dengan cara itu dia seolah-olah meremehkan lawan," katanya.

"Ini ketika kedudukan 1-0. Ya, dia pemain yang terbaik, dengan Messi. Dia kelihatan bodoh sekarang.

"Sekiranya anda bertanya kepada pemain Jerman, mereka akan memberitahu anda sekarang apa yang mereka fikirkan. Mereka pasti akan menjawabnya.

"Saya beritahu anda sekarang, mereka semua akan mengatakan ia mungkin memberi sedikit dorongan untuk mengubah sesuatu."

Pada aksi itu, Jerman bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Portugal 4-2 dan dan kemenangan itu meletakkan mereka di kedudukan kedua Kumpulan F. - AGENSI

Berita Harian X