Sabtu, 19 Jun 2021 | 6:09pm
Petugas parkir tidak membenarkan Ferguson meletak tempat kereta di tempat VIP.
Petugas parkir tidak membenarkan Ferguson meletak tempat kereta di tempat VIP.

EURO: Ferguson kena 'halau'

LONDON: Sir Alex Ferguson adalah antara legenda yang hadir di Wembley bagi menyaksikan perlawanan antara England menentang Scotland pada aksi Euro 2020, awal pagi tadi.

Bekas pengendali Manchester United itu mahu memberikan sokongan kepada skuad bimbingan Steve Clarke, namun dia dihalang daripada meletakkan kereta di tempat orang kenamaan (VIP) selepas mengharungi perjalanan selama empat jam.

Mungkin karpet merah perlu dibentangkan untuk pengendali yang dilabel sebagai antara pengurus terbaik dunia itu, tetapi petugas 'menghalaunya' daripada lokasi tempat letak kereta VIP itu.

Dia tampak tidak berpuas hati selepas membuka tingkap dengan pemandunya bercakap dengan petugas yang memintanya meletakkan keretanya di tempat lain.

Ferguson bersara daripada arena pengurusan pada 2013 selepas memenangi 17 kejuaraan liga selain membawa Aberdeen ke final Piala Eropah 1983 dan memenangi Liga Juara-Juara dua kali bersama United.

Pengendali berusia 79 tahun itu pernah mengendalikan Scotland pada 1985 namun meninggalkan pasukan itu selepas gagal layak ke Piala Dunia.

Kira-kira 20,000 penyokong Scotland hadir di London untuk menyaksikan perlawanan itu dengan mereka hanya diberikan sekitar 3,000 tiket daripada 21,500 tiket yang diperuntukkan. -Agensi

Berita Harian X