Jumaat, 18 Jun 2021 | 12:33am
Penyokong Denmark bertepuk tangan dan memegang kain rentang sebagai sokongan buat Christian Eriksen di Stadium Parken dekat Copenhagen. - AFP
Penyokong Denmark bertepuk tangan dan memegang kain rentang sebagai sokongan buat Christian Eriksen di Stadium Parken dekat Copenhagen. - AFP

EURO: Henti perlawanan buat Eriksen

COPENHAGEN: Perlawanan Denmark menentang Belgium pada Euro 2020 dihentikan seketika selepas 10 minit sebentar tadi bagi membolehkan pemain dan penyokong di Stadium Parken dekat Copenhagen memberikan sokongan buat Christian Eriksen.

Pemain tengah Denmark berusia 29 tahun itu sedang mendapat rawatan di hospital berdekatan selepas mengalami 'cardiac arrest'.

Dia rebah di padang ketika saingan Kumpulan B berdepan Finland Ahad lalu. - AFP

Berita Harian X