Rabu, 16 Jun 2021 | 11:57pm
Seorang aktivis Greenpeace melakukan pendaratan cemas dengan payung terjun di kawasan padang ketika perlawanan Euro 2020 antara Jerman dan Perancis sedang berlangsung di Allianz Arena, Munich. - Foto EPA.
Seorang aktivis Greenpeace melakukan pendaratan cemas dengan payung terjun di kawasan padang ketika perlawanan Euro 2020 antara Jerman dan Perancis sedang berlangsung di Allianz Arena, Munich. - Foto EPA.

Aktivitis alam sekitar nyaris ditembak

FRANKFURT: Aktivis alam sekitar yang melakukan pendaratan cemas di kawasan stadium

ketika aksi Jerman-Perancis dalam saingan Euro 2020 di Munich semalam, terselamat daripada menjadi mangsa penembak tepat kerana polis melihat logo Greenpeace, kata Menteri Dalam Negeri Bavaria.

"Penembak tepat sudah lebih dulu melihatnya," kata Joachim Herrmann dalam satu kenyataan.

"Sekiranya polis sudah membuat kesimpulan itu adalah serangan pengganas, dia mungkin sudah menggadaikan nyawanya. Hanya logo besar Greenpeace terpampang di kanopi payung terjun yang menyelamatkannya," katanya.

Kumpulan kempen alam sekitar sudah memohon maaf atas aksi yang dikecam itu sambil mendakwa ia tidak berjalan seperti dirancang.

Dua individu iaitu seorang warganegara Perancis, 36, dan seorang warga Ukraine, 42 cedera dalam cubaan aktivis itu melakukan pendaratan cemas di dalam Allianz Arena.

Kedua-duanya dibawa ke hospital dengan kecederaan di kepala tetapi sudah dibenarkan keluar, kata jurucakap polis Munich, Sven Mueller kepada AFP.

Aktivis Greenpeace yang dikenal pasti sebagai lelaki berusia 38 tahun dari Pforzheim itu ditangkap selepas mendarat di padang dalam kalangan pemain Jerman dan Perancis. Juruterbangnya tidak cedera.

- AFP

Berita Harian X