Rabu, 16 Jun 2021 | 7:15am
Aktivis Greenpeace mengunakan payung terjun untuk masuk ke dalam stadium sebelum aksi Euro 2020 antara Jerman dan Perancis di Allianz Arena, Munich. - Foto AFP
Aktivis Greenpeace mengunakan payung terjun untuk masuk ke dalam stadium sebelum aksi Euro 2020 antara Jerman dan Perancis di Allianz Arena, Munich. - Foto AFP

EURO: Aktivis sebabkan kecederaan di stadium

MUNICH: Seorang aktivis Greenpeace jatuh tersasar sebelum aksi Euro 2020 antara Jerman melawan Perancis di Allianz Arena selepas payung terjunnya mengalami masalah.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menyatakan yang aktivis berkenaan turut 'mencederakan beberapa orang'.

Aktivis berkenaan terbang di atas padang sebelum sepak mula aksi Kumpulan F dengan kanopi payung terjunnya tertulis 'Kick out oil'.

Bagaimanapun, nasib aktivis itu kurang baik apabila terlanggar kabel kamera dan menyebabkan payung terjunnya hilang keseimbangan dan tersangkut tempat duduk di stadium sebelum mendarat di atas padang.

Menurut UEFA pendaratan itu menyebabkan beberapa orang cedera dan perlu dimasukkan ke hospital.

"Tindakan seperti ini - yang boleh membawa akibat lebih serius bagi sebilangan besar orang yang hadir - menyebabkan kecederaan kepada beberapa orang yang menghadiri perlawanan yang kini berada di hospital.

"Pihak berkuasa undang-undang akan mengambil tindakan selanjutnya. Penganjuran perlawanan bagaimanapun tidak terjejas dengan tindakan yang cuai dan merbahaya itu tetapi terdapat beberapa orang cedera.

Aktivis berkenaan bagaimanapun tidak cedera dan ditahan serta-merta.

Tindakan aktivis itu adalah satu tanda protes ke atas pengeluar kereta Jerman, Volkswagen - salah satu penaja kejohanan Eropah, kata Greenpeace di laman sosial Twitter. - AFP

Berita Harian X