Ahad, 9 Mei 2021 | 11:31pm
Penyerang United, Edinson Cavani (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Aston Villa.
Penyerang United, Edinson Cavani (tengah) meraikan jaringannya ketika menentang Aston Villa.

United buat City menanti lagi

LONDON: Hasrat Manchester City untuk menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris lebih awal sekali lagi tertangguh selepas Manchester United bangkit untuk melakar kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa, sebentar tadi.

Terdahulu, City yang dibimbing Pep Guardiola terlepas peluang untuk mengesahkan kejuaraan selepas tewas 1-2 di tangan Chelsea, awal pagi tadi.

City boleh meraikan gelaran juara liga sekiranya United yang berada di tangga kedua tewas kepada Villa di Villa Park.

Bagaimanapun, musuh tradisi mereka itu masih terus memberi tekanan apabila bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi Villa.

Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes ledak gol penyamaan menerusi sepakan penalti. - Foto AFP
Pemain tengah Manchester United, Bruno Fernandes ledak gol penyamaan menerusi sepakan penalti. - Foto AFP

Villa terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Bertrand Traore pada minit ke-24 tetapi Bruno Fernandes berjaya menyamakan kedudukan selepas menyempurnakan sepakan penalti yang diperoleh minit ke-52.

Empat minit kemudian, Mason Greenwood meletakkan The Red Devils di depan apabila meledak gol kedua pasukan itu sebelum Edinson Cavani melengkapkan kemenangan anak buah Ole Gunnar Solskjaer menerusi jaringan ketiga minit ke-87. - AFP

Gaya Mason Greenwood (kanan) selepas menjaringkan gol kedua Manchester United. - Foto EPA
Gaya Mason Greenwood (kanan) selepas menjaringkan gol kedua Manchester United. - Foto EPA

Penyarang Aston Villa, Bertrand Traore (kiri) diasak pemain tengah United, Paul Pogba. - Foto EPA
Penyarang Aston Villa, Bertrand Traore (kiri) diasak pemain tengah United, Paul Pogba. - Foto EPA

Berita Harian X