Jumaat, 7 Mei 2021 | 6:43am
Ketua jurulatih Villarreal, Unai Emery memberi arahan buat pasukannya pada separuh akhir kedua Liga Europa ketika berdepan Arsenal di London. - Foto EPA
Ketua jurulatih Villarreal, Unai Emery memberi arahan buat pasukannya pada separuh akhir kedua Liga Europa ketika berdepan Arsenal di London. - Foto EPA
Pemain Villarreal meraikan kejayaan layak ke final. - Foto AFP
Pemain Villarreal meraikan kejayaan layak ke final. - Foto AFP

Emery balas dendam terhadap Arsenal

LONDON: Villarreal akan berdepan Manchester United pada pentas akhir Liga Europa selepas kelab dari Sepanyol itu bertahan untuk seri 0-0 di Arsenal sebentar tadi seterusnya menghalang semua wakil Liga Perdana ke final saingan Eropah.

Dua cubaan Pierre-Emerick Aubameyang terkena palang buat Arsenal, namun kekalahan 2-1 secara agregat bermakna Gunners akan terlepas aksi Liga Juara-Juara buat kali kelima berturut-turut.

Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) diasak pemain Villarreal. - Foto AFP
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) diasak pemain Villarreal. - Foto AFP

Berkedudukan kesembilan Liga Perdana, musim Arsenal bergantung kepada kejayaan dalam Liga Europa untuk layak ke Liga Juara-Juara.

Namun bekas bos Gunners, Unai Emery berjaya membalas dendam selepas dipecat hanya selepas 18 bulan selaku pengganti Arsene Wenger dengan memimpin Villarreal ke final saingan Eropah pertama mereka.

Emery menang kejohanan ini sebanyak tiga kali bersama Sevilla dan juga membawa Arsenal final Liga Europa dalam musim sulungnya di Emirates.

Pemain Villarreal meraikan kejayaan layak ke final. - Foto AFP
Pemain Villarreal meraikan kejayaan layak ke final. - Foto AFP

Pengendali dari Sepanyol itu dikritik kerana pendekatan berhati-hati selepas mendahului 2-0 pada babak pertama saingan separuh akhir pertama yang membolehkan Arsenal kembali merapatkan jaringan menerusi penalti Nicolas Pepe.

Bagaimanapun skuad Yellow Submarine tidak bergantung kepada kelebihan awal mereka apabila mengawal babak pertama tanpa menjaringkan gol penting di tempat lawan.

Reaksi pengendali Arsenal, Mikel Arteta. - Foto EPA
Reaksi pengendali Arsenal, Mikel Arteta. - Foto EPA

Arsenal hampir membuka jaringan sebelum rehat apabila cubaan Aubameyang sedikit tersasar.

Tuan rumah memulakan babak kedua dengan lebih baik namun mensia-siakan dua peluang terbaik untuk mara menerusi gol di tempat lawan. - AFP

Pemain tengah Arsenal, Nicolas Pepe (kiri) bersaing dengan Francis Coquelin. - Foto AFP
Pemain tengah Arsenal, Nicolas Pepe (kiri) bersaing dengan Francis Coquelin. - Foto AFP

Pemain tengah Villarreal dari Nigeria, Samu Chukwueze (kiri) bersaing dengan pemain muda Arsenal, Emile Smith Rowe. - Foto AFP
Pemain tengah Villarreal dari Nigeria, Samu Chukwueze (kiri) bersaing dengan pemain muda Arsenal, Emile Smith Rowe. - Foto AFP

Berita Harian X