Sabtu, 24 April 2021 | 6:57am
Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno melihat bola memasuki gawang sendiri ketika pertemuan menentang Everton di Stadium Emirates dekat London. - Foto AFP
Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno melihat bola memasuki gawang sendiri ketika pertemuan menentang Everton di Stadium Emirates dekat London. - Foto AFP

Everton tambah derita Arsenal

LONDON: Gol sendiri penjaga gol Arsenal, Bernd Leno memberikan Everton kemenangan 1-0 dalam aksi Liga Perdana sebentar tadi ketika sekitar 2,000 penyokong melakukan protes terhadap pemilik Gunners, Stan Kroenke di luar Stadium Emirates.

Dengan kedua-dua pasukan cuba mengejar tempat ke Eropah musim depan, skuad Carlo Ancelotti memastikan kemenangan pertama dalam tujuh aksi.

Penjaga gol Jerman, Leno melakukan kesilapan selepas gagal menangkap kemas hantaran lintang Richarlison yang menerjah gawang sendiri pada minit ke-76 seterusnya memberikan kemenangan buat skuad Toffees.

Gol sendiri penjaga gol Arsenal, Bernd Leno memberikan Everton kemenangan 1-0 dalam aksi Liga Perdana, sebentar tadi. - Foto EPA
Gol sendiri penjaga gol Arsenal, Bernd Leno memberikan Everton kemenangan 1-0 dalam aksi Liga Perdana, sebentar tadi. - Foto EPA

Penyokong Arsenal berkumpul di luar gelanggang meminta Kroenke meletak jawatan selepas cubaan kelab itu menyertai Liga Super.

Keputusan itu memberikan Everton kedudukan kelapan, tiga mata daripada tempat ke Liga Juara-Juara selepas mencatat kemenangan pertama liga di Arsenal sejak 1996.

Arsenal di kedudukan kesembilan, sembilan mata daripada empat tempat teratas.

Reaksi kecewa Dani Ceballos (dua dari kanan) selepas tewas ketika menentang Everton, sebentar tadi. - Foto EPA
Reaksi kecewa Dani Ceballos (dua dari kanan) selepas tewas ketika menentang Everton, sebentar tadi. - Foto EPA

"Adalah amat penting untuk kekal bersama pasukan di kedudukan teratas liga," kata Ancelotti kepada BBC.

"Persembahan bagus. Semua berita bagus malam ini dan ia memberikan kami keyakinan untuk perlawanan seterusnya. Akhirnya saya boleh katakan kami kini kembali."

Perlawanan berkenaan menampilkan beberapa peluang.

Sepakan percuma pemain Everton, Gylfi Sigurdsson terkena palang.

Arsenal berang apabila penalti babak kedua, diberikan kerana kekasaran Richarlison terhadap Dani Ceballos namun dibatalkan VAR kerana ofsaid sebelum itu.

Pemain pertahnan Arsenal Pablo Mari (kiri) mengekang penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin. - Foto AFP
Pemain pertahnan Arsenal Pablo Mari (kiri) mengekang penyerang Everton, Dominic Calvert-Lewin. - Foto AFP

"Penalti itu jelas, keputusan sudah dibuat, saya tidak tahu bagaimana atau oleh siapa, kami tidak boleh melihat muka mereka dan menjelaskannya," kata bos Arsenal, Mikel Arteta.

"Saya boleh melihat imej berkenaan sebanyak 20 kami dan saya masih tidak faham." - AFP

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta lega pemilik kelab nyatakan pendirian tidak akan menjual Arsenal. - EPA
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta lega pemilik kelab nyatakan pendirian tidak akan menjual Arsenal. - EPA

Berita Harian X