Isnin, 19 April 2021 | 7:06pm
Neville menentang tindakan enam pasukan gergasi EPL mewujudkan Liga Super Eropah.
Neville menentang tindakan enam pasukan gergasi EPL mewujudkan Liga Super Eropah.

Neville label pemilik Liverpool, United, Arsenal 'pelacur'

LONDON: Gary Neville menggesa Manchester United, Liverpool dan Arsenal supaya disingkirkan daripada Liga Perdana Inggeris (EPL) dan gelaran juara mereka ditarik susulan cadangan pengenalan Liga Super Eropah (ESL).

Legenda The Red Devils itu turut menyelar tindakan seperti 'penjenayah' yang ditunjukkan oleh pasukan terbabit dan mahukan hukuman yang keras dikenakan ke atas mereka.

Neville turut melabel pemilik pasukan 'Big Six' sebagai 'penyamar' dan 'pelacur' selain menuntut semua pasukan itu dipotong mata, dikenakan denda yang besar dan kejayaan mereka dilupuskan selepas rancangan itu diumumkan.

"Jika mereka mengumumkan hasrat mereka secara rasmi, mereka perlu dihukum seberatnya."

"Denda yang tinggi, pemotongan mata, tarik kejuaraan mereka - siapa yang kisah? Beri gelaran itu kepada Burnley, Fulham. Biarkan Fulham kekal di EPL.

"Singkirkan United, Liverpool dan Arsenal kerana tiga pasukan ini adalah sejarah di negara ini. Mereka perlu menderita sehabis mungkin.

"Potong semua mata mereka esok - letakkan mereka di tempat tercorot dan tarik duit mereka.

"Apabila anda bersetuju dengan cadangan ini, ia adalah satu jenayah. Jenayah kepada penyokong bola sepak di negara ini.

"Jangan buat kesilapan mengenai perkara ini. Ini adalah sukan terbesar di dunia, di negara ini dan ia adalah satu jenayah ke atas penyokong.

"Mereka adalah pelacur, anda tidak pernah dengar daripada pemilik pasukan terbabit. Mereka tiada suara.

"Mungkin mereka akan bersembunyi selama beberapa minggu dan kemudian mengatakan ia tidak kaitan dengan mereka serta mereka hanya bercakap-cakap mengenainya.

"Ini adalah satu ketamakan sebenar. Mereka penyamar. Pemilik pasukan ini (United, Liverpool, Chelsea, Manchester City) tidak terbabit dengan bola sepak di negara ini," tegasnya. -Agensi

Berita Harian X