Isnin, 19 April 2021 | 11:05am
Pemain tengah Atletico Madrid, Yannick Ferreira-Carrasco menjaringkan gol ketika pasukannya membelasah Eibar di Wanda Metropolitano. - AFP
Pemain tengah Atletico Madrid, Yannick Ferreira-Carrasco menjaringkan gol ketika pasukannya membelasah Eibar di Wanda Metropolitano. - AFP

Atletico hidupkan kembali peluang

MADRID: Real Madrid memberikan tonik tambahan buat Atletico Madrid meraih gelaran selepas seri 0-0 berdepan Getafe dalam La Liga awal pagi tadi.

Atletico pula membelasah Eibar 5-0 bagi menghidupkan peluang mencabar gelaran dan kemenangan itu lebih berharga selepas Real Madrid seri tanpa jaringan di Coliseum Alfonso Perez.

Ia bermakna Atletico kembali mencipta kelebihan di persada daripada satu mata kepada tiga berbanding Real manakala Barcelona, yang masih memiliki satu perlawanan dalam tangan selepas menang Copa del Rey, lima mata di belakang.

Sevilla juga boleh menyertai pemburuan selepas mereka menewaskan Real Sociedad 2-1 namun dipisahkan enam mata berbanding Atletico.

Penyerang Real Madrid, Rodrygo melakukan sepakan gunting ketika menentang Getafe pada saingan La Liga awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Real Madrid, Rodrygo melakukan sepakan gunting ketika menentang Getafe pada saingan La Liga awal pagi tadi. - Foto AFP

Real Madrid melalui tempoh dua minggu yang baik selepas menewaskan Barcelona dalam Clasico minggu lalu dan menyingkirkan Liverpool dalam dua saingan suku akhir LIga Juara-Juara.

Namun masalah kecederaan bermakna skuad berkenaan terpaksa bertahan dan perlawanan itu benar-benar memberi kesan.

"Saya tidak bimbang," kata Zinedine Zidane. "Banyak yang akan berlaku, ramai pemain tidak beraksi, tapi itulah keadaannya. Kami akan teruskan."

Zidane membawa hanya 13 pemain senior ke Getafe dan masih memikirkan sama ada mahu merehatkan Toni Kroos dan Karim Benzema.

Sergio Ramos, Ferland Mendy dan Lucas Vazquez semuanya cedera manakala Eden Hazard dan Dani Carvajal belum bersedia untuk kembali. - AFP

Berita Harian X