Isnin, 19 April 2021 | 10:20am
Pemain Paris Saint-Germain, Mauro Icardi menanduk masuk bola ketika berdepan Saint Etienne di Parc des Princes, Paris. - EPA
Pemain Paris Saint-Germain, Mauro Icardi menanduk masuk bola ketika berdepan Saint Etienne di Parc des Princes, Paris. - EPA

Icardi selamatkan mata buat PSG

PARIS: Mauro Icardi membawa Paris Saint-Germain hanya satu mata kurang daripada pendahulu Ligue 1, Lille awal pagi tadi menerusi gol kemenangan lewat permainan bagi memberikan kemenangan 3-2 mengatasi Saint-Etienne ketika Monaco dan Lyon juga mencerahkan harapan meraih gelaran liga.

Juara bertahan itu mengurangkan jurang dengan Lille yang sekadar seri 1-1 berdepan Montpellier Jumaat lalu hasil tandukan minit ke-95 Icardi.

Monaco hanya satu mata di kedudukan ketiga selepas mengatasi Bordeaux 3-0 manakala Lyon tiga mata di belakang Lille hasil kemenangan 2-1 di Nantes.

Di Parc des Princes, Kylian Mbappe meledak dua kali untuk meletakkan PSG di depan selepas pelawat mengejutkan tuan rumah dengan gol awal Denis Bouanga pada minit ke-78 yang menerima hantaran lintang Miguel Trauco.

Romain Hamouma merasakan dia mampu memberikan mata berharga buat Saint-Etienne dalam tempoh dua minit tambahan masa apabila sepakan Bouanga yang ditampan jatuh di depannnya untuk gol mudah.

Bagaimanapun Icardi yang menemui hantaran lintang Angel Di Maria menanduk sempurna tiga minit selepas itu seterusnya mencipta sambutan hangat pemain PSG.

"Kami sendiri membawa pasukan berdepan masalah. Apabila anda mendahului 2-1 seperti itu anda perlu mempertahankan kelebihan yang ada," kata Mbappe.

"Gelaran liga sangat penting buat kami. Ia akan menjadi gelaran ke-10 buat kelab dan kami mahu menjadi sebahagian sejarah." - AFP

Berita Harian X