Khamis, 18 March 2021 | 6:37am
Penyerang Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika saingan Liga Juara-Juara menentang Lazio di Munich. - AFP
Penyerang Bayern Munich, Eric Maxim Choupo-Moting (dua dari kiri) meraikan jaringannya ketika saingan Liga Juara-Juara menentang Lazio di Munich. - AFP

Bayern benam Lazio

MUNICH, Jerman: Penyandang gelaran, Bayern Munich mara ke suku akhir Liga Juara-Juara menerusi kemenangan 2-1 mengatasi Lazio pada perlawanan kedua kelompok 16 terakhir seterusnya mengesahkan kemaraan 6-2 secara agregat.

Robert Lewandowski menyempurnakan penalti sebelum hantaran lambung penggantinya pada babak kedua, Eric Maxim Choupo-Moting menggandakan kelebihan pasukannya.

Lazio mendapat gol sagu hati apabila Marco Parolo yang tidak dikawal menanduk masuk dari jarak dekat hasil hantaran menerusi sepakan percuma.

Laluan mereka ke kelompok lapan terakhir menyaksikan Bayern mengatasi rekod Barcelona dengan 18 kali penampilan di suku akhir Liga Juara-Juara sejak kejohanan itu dilabelkan semula daripada Piala Eropah.

Salji melanda Allianz Arena ketika perlawanan namun Bayern tidak perlu bekerja keras.

Mereka melebarkan rekod tanpa kekalahan dalam Liga Juara-Juara kepada 19 perlawanan sejak dua tahun lalu. - AFP

Berita Harian X