Khamis, 18 Februari 2021 | 7:56am
Reaksi penyerang Juventus Cristiano Ronaldo (kiri) selepas kekalahan pasukannya kepada Porto dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Dragao. - Foto AFP
Reaksi penyerang Juventus Cristiano Ronaldo (kiri) selepas kekalahan pasukannya kepada Porto dalam aksi Liga Juara-Juara di Stadium Dragao. - Foto AFP

Jerat minit pertama Porto benam Juve

PORTO, Portugal: Perlawanan pertama Cristiano Ronaldo untuk Juventus di negara asalnya Portugal berakhir dengan kekalahan 2-1 di tangan FC Porto dalam aksi 16 terakhir Liga Juara-Juara.

Penyerang Iran Mehdi Taremi meletakkan Porto di depan hanya selepas seminit sepak mula di Stadium Dragao susulan kesilapan Rodrigo Bentancur.

Penyerang Mali Moussa Marega menambah jaringan juga seminit selepas babak kedua bersambung.

Federico Chiesa meledak gol tunggal Juventus untuk bekalan gol di tempat lawan menjelang aksi timbal balik di Turin pada 9 Mac.

Reaksi penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (tengah) dalam perlawanan menentang FC Porto, awal pagi tadi. - Foto EPA
Reaksi penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo (tengah) dalam perlawanan menentang FC Porto, awal pagi tadi. - Foto EPA

"Pendekatan kami salah dari minit pertama. Apabila anda dibolosi gol sebegitu memang akan timbul rasa takut dan kurang yakin.

"Porto bijak dalam bertahan dan selepas gol itu ia menjadi lebih sukar. Kami menghadiahkan mereka kemenangan mudah.

"Mujur kami menjaringkan gol penting menerusi Chiesa dan kini tumpuan kami adalah kepada aksi timbal balik," kata pengendali Juventus Andrea Pirlo. - AFP

Berita Harian X