Sabtu, 16 Januari 2021 | 10:14am
Alex Ferguson membimbing Manchester United memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris sebelum bersara pada tahun 2013. - Foto AFP
Alex Ferguson membimbing Manchester United memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris sebelum bersara pada tahun 2013. - Foto AFP

Ferguson lega bersara awal

LONDON: Alex Ferguson mengakui penguasaan luar biasa Liverpool membuatkannya berasa lega kerana bersara awal sebelum pesaing utama Manchester United itu mencapai prestasi terbaiknya.

Ferguson membimbing United memenangi 13 gelaran Liga Perdana Inggeris sebelum bersara pada tahun 2013.

Namun United masih menanti gelaran pertama mereka selepas era Ferguson, dengan mahkota terakhir daripada 20 keseluruhan dimenangi pada musim terakhir pengendali legenda itu di Old Trafford.

Liverpool pula kembali mencapai kegemilangan mereka di bawah kendalian Jurgen Klopp, memenangi Liga Juara-Juara pada tahun 2019 sebelum menamatkan kemarau 30 tahun kejuaraan Liga Perdana tahun lalu.

Walaupun United akan berdepan Liverpool di Anfield esok sebagai pendahulu liga, Ferguson berkata dia tidak akan menafikan peluang anak buah Klopp untuk mempertahankan gelaran itu musim ini.

"Mereka adalah dua pasukan paling berjaya di Britain apabila anda menggabungkan kesemua trofi.

"United menentang Liverpool, ia adalah perlawanan terbesar musim ini - pasukan paling berjaya di negara ini.

"Mujur saya sudah bersara, kerana apabila melihat persembahan Liverpool sepanjang dua musim lalu - mereka amat luar biasa," kata Ferguson. - AFP

Berita Harian X