Sabtu, 16 Januari 2021 | 8:11am
Pengendali PSG Mauricio Pochettino kini menjalani kuarantin kendiri selepas didapati positif COVID-19. - Foto AFP
Pengendali PSG Mauricio Pochettino kini menjalani kuarantin kendiri selepas didapati positif COVID-19. - Foto AFP

Pochettino positif COVID-19

PARIS: Pengendali Paris Saint-Germain Mauricio Pochettino diuji positif COVID-19, hanya dua minggu selepas dia memegang jawatan itu.

Menurut PSG pengendali 48 tahun dari Argentina itu akan menjalani kuarantin kendiri dan mengikut protokol ditetapkan.

Penolongnya Jesus Perez dan Miguel D'Agostino akan mengambil alih pasukan menjelang kunjungan ke Angers hari ini.

Tiga pemain PSG sudah diuji positif virus berkenaan minggu lalu - Rafinha, Thilo Kehrer dan Colin Dagba.

Bekas pengendali Tottenham, Pochettino sudah mengharungi tiga perlawanan bersama PSG, termasuk memenangi Trofi Juara-Juara di Lens pada Rabu hasil kemenangan 2-1 ke atas Marseille.

Pochettino mengisi kekosongan ditinggalkan Thomas Tuchel dan menandatangani kontrak sehingga 30 Jun 2022, dengan pilihan tambahan setahun.

Tuchel dipecat 24 Disember lalu walaupun berjaya membawa pasukan itu ke final Liga Juara-Juara buat julung kali musim lalu.

Pochettino pernah beraksi untuk PSG dari tahun 2001 hingga 2003. - AFP

Berita Harian X