Ahad, 10 Januari 2021 | 7:11am
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (kanan) meledak gol kedua pasukannya ketika menewaskan Newcastle United di Stadium Emirates. - AFP
Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (kanan) meledak gol kedua pasukannya ketika menewaskan Newcastle United di Stadium Emirates. - AFP

Arsenal teruskan kemaraan

LONDON: Penyandang gelaran Piala FA, Arsenal menewaskan Newcastle 2-0 sebentar tadi ketika pasukan bukan liga, Chorley menyingkirkan kelab diancam COVID-19, Derby manakala West Brom tersingkir pada pusingan ketiga berdepan Blackpool.

COVID-19 terus membayangi bola sepak England dengan banyak perlawanan ditangguhkan hingga mewujudkan kebimbangan sama ada musim ini boleh dilengkapkan.

Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno berjaya menggagalkan usaha pemain Newcastle, DeAndre Yedlin. - Foto EPA
Penjaga gol Arsenal, Bernd Leno berjaya menggagalkan usaha pemain Newcastle, DeAndre Yedlin. - Foto EPA

Hanya satu perlawanan setakat ini ditangguhkan pada pusingan ketiga Piala FA - peringkat yang menyaksikan pasukan utama mula memasuki kejohanan.

Namun beberapa kelab terpaksa melakukan perubahan selepas diancam pandemik berkenaan.

Arsenal, juara 14 kali Piala FA, terus menampilkan kebangkitan dengan kemenangan keempat berturut-turut di Emirates.

Pemain pertahanan Arsenal, Cedric Soares (kiri) bersaing dengan pemain tengah Newcastle, Elliot Anderson. - Foto AFP
Pemain pertahanan Arsenal, Cedric Soares (kiri) bersaing dengan pemain tengah Newcastle, Elliot Anderson. - Foto AFP

Kapten Magpies, Jamaal Lascelles membuat penampilan pertama dalam tempoh enam minggu selepas jangkitan COVID-19 ketika kedua-dua pasukan melakukan beberapa perubahan.

Emile Smith Rowe – yang sebelumnya terselamat daripada kad merah selepas melihat VAR – memecah kebuntuan dalam perlawanan mengecewakan itu pada masa tambahan dan Pierre-Emerick Aubameyang mengesahkan kemenangan pasukan.

Mikel Arteta kini menukar tumpuan terhadap saingan Liga Perdana menentang Crystal Palace awal pagi Jumaat ini.

Pemain tengah Arsenal, Emile Smith Rowe (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan ketika menentang Newcastle United, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pemain tengah Arsenal, Emile Smith Rowe (tengah) meraikan gol jaringannya bersama rakan ketika menentang Newcastle United, awal pagi tadi. - Foto AFP

"Kami mahu teruskan rentak dan menang lebih banyak perlawanan," katanya. "Adalah penting untuk terus kekal dalam kejohanan ini. Kami mahu bertarung dalam kejohanan ini sekali lagi, jadi hari ini ia adalah keputusan yang besar buat kami." - AFP

Aksi penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) cuba dihalang dua pemain Newcastle pada saingan Piala FA, awal pagi tadi. - Foto
Aksi penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang (tengah) cuba dihalang dua pemain Newcastle pada saingan Piala FA, awal pagi tadi. - Foto

Reaksi pengendali Arsenal, Mikel Arteta. - Foto EPA
Reaksi pengendali Arsenal, Mikel Arteta. - Foto EPA

Berita Harian X