Rabu, 30 Disember 2020 | 6:40am
Alexandre Lacazette meraikan jaringannya buat Arsenal bersama rakan sepasukan, Bukayo Saka (kiri) dalam saingan menentang Brighton & Hove Albion FC. - EPA
Alexandre Lacazette meraikan jaringannya buat Arsenal bersama rakan sepasukan, Bukayo Saka (kiri) dalam saingan menentang Brighton & Hove Albion FC. - EPA

Kemenangan tipis ubati luka Arsenal

LONDON: Arsenal mengurangkan tekanan terhadap pengurus, Mikel Arteta menerusi kemenangan 1-0 di Brighton sebentar tadi ketika saingan Liga Perdana mencetuskan keraguan selepas merekodkan 18 kes positif COVID-19 dalam kalangan pemain dan kakitangan.

Selepas kunjungan Manchester City ke Everton semalam ditunda kerana penularan dalam kalangan skuad Pep Guardiola, semua lima perlawanan dijadualkan hari ini berlangsung walaupun ada masalah buat Sheffield United dan Southampton.

Alexandre Lacazette meraikan gol ledakannya ketika menentang Brighton, awal pagi tadi. - Foto EPA
Alexandre Lacazette meraikan gol ledakannya ketika menentang Brighton, awal pagi tadi. - Foto EPA

Pasukan terbawah liga itu mendedahkan mereka mencatatkan beberapa kes positif COVID-19 namun masih boleh menurunkan 18 pemain dalam skuad yang tewas 1-0 kepada Burnley.

Arsenal mengurangkan kebimbangan mereka akan ditarik ke zon penyingkiran dengan kemenangan 3-1 mengatasi Chelsea Sabtu lalu kini boleh kembali mendaki kedudukan liga hasil kemenangan kedua berturut-turut buat pertama kali sejak awal musim.

"Ubat terbaik ialah kemenangan. Apabila anda menang ia cerita berbeza dan gambarannya tampak berbeza ketika ini," kata Arteta.

Pierre-Emerick Aubameyang kembali daripada kecederaan bagi menggantikan Alexandre Lacazette yang juga satu-satunya perubahan dilakukan Arteta.

Pemain Brighton, Neal Maupay (kiri) diasak pemain Arsenal, Rob Holding. - Foto EPA
Pemain Brighton, Neal Maupay (kiri) diasak pemain Arsenal, Rob Holding. - Foto EPA

Namun Lacazette masuk daripada bangku pemain simpaanan dan terus mendatangkan impak apabila meledak ke penjuru gawang hasil hantaran Bukayo Saka 21 saat selepas dimasukkan.

Kemenangan membawa Gunners ke kedudukan ke-13, ketinggalan tujuh mata daripada kelompok empat teratas.

West Brom akan menjadi lawan seterusnya buat Arsenal pada hujung minggu dan keyakinan skuad Baggies selepas seri 1-1 di Liverpool Ahad lalu dimusnahkan selepas dibelasah 5-0 oleh Leeds. - AFP

Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka (kiri) bersaing dengan pemain tengah Brighton berasal dari Iran, Alireza Jahanbakhsh, awal pagi tadi. - Foto AFP
Pemain tengah Arsenal, Granit Xhaka (kiri) bersaing dengan pemain tengah Brighton berasal dari Iran, Alireza Jahanbakhsh, awal pagi tadi. - Foto AFP

Pengendali Arsenal, Mikel Arteta. - Foto EPA
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta. - Foto EPA

Berita Harian X