Selasa, 29 Disember 2020 | 6:43am
Frank Lampard terus tertekan selepas Chelsea sekadar seri berdepan Aston Villa di London. - EPA
Frank Lampard terus tertekan selepas Chelsea sekadar seri berdepan Aston Villa di London. - EPA

Lampard terus tertekan

LONDON: Chelsea gagal meredakan tekanan terhadap pengurus, Frank Lampard apabila Aston Villa bangkit daripada ketinggalan untuk seri 1-1 di Stamford Bridge sebentar tadi ketika penularan COVID-19 di Manchester City menyebabkan pertembungan mereka menentang Everton ditangguhkan.

Skuad kendalian Lampard kini hanya menang sekali daripada lima perlawanan terakhir liga dan ketinggalan enam mata di belakang pendahulu, Liverpool di tangga keenam dan bermain lebih satu perlawanan berbanding juara bertahan itu.

Chelsea juga di belakang Villa menerusi perbezaan gol walaupun skuad kendalian Dean Smith bermain lebih dua perlawanan dan pelawat berhak mendapat satu mata.

"Kini masa yang sukar dan anda perlu bertarung menghadapinya," kata Lampard. "Tiada siapa yang mengecewakan saya malam ini, semua orang bermain dengan baik, kami hanya tidak bernasib baik."

Olivier Giroud (kanan) bersaing dengan pemain Aston Villa, Douglas Luiz. - Foto EPA
Olivier Giroud (kanan) bersaing dengan pemain Aston Villa, Douglas Luiz. - Foto EPA

Lampard membuat enam pertukaran terhadap skuad yang tewas kepada Arsenal 48 jam sebelum itu.

Olivier Giroud menjadi seorang daripada pemain yang dimasukkan ke dalam skuad dan pemain antarabangsa Perancis itu membuktikan kemampuan dengan jaringan pembukaan hasil tandukan selepas menerima hantaran Ben Chilwell yang juga jaringan kesembilannya musim ini.

Pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi (kanan) mengekang pemain Asrton Villa, John McGinn. - Foto EPA
Pemain Chelsea, Callum Hudson-Odoi (kanan) mengekang pemain Asrton Villa, John McGinn. - Foto EPA

Smith pula hanya membuat satu pertukaran daripada skuad yang bermain 45 minit dengan hanya 10 pemain ketika menang 3-0 Sabtu lalu mengatasi Crystal Palace.

Namun Villa tidak menunjukkan tanda keletihan pada babak kedua apabila menyamakan kedudukan menerusi Anwar El Ghazi yang meledak gol kelima musim ini hasil hantaran Matty Cash selepas lima minit bermula babak kedua. - AFP

Penyerang Aston Villa berasal dari Belanda, Anwar El Ghazi (dua dari kiri) menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Chelsea, awal pagi tadi. - Foto AFP
Penyerang Aston Villa berasal dari Belanda, Anwar El Ghazi (dua dari kiri) menjaringkan gol penyamaan ketika menentang Chelsea, awal pagi tadi. - Foto AFP

Pemain pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta (kanan) bertembung dengan pemain tengah Aston Villa, Jack Grealish. - Foto EPA
Pemain pertahanan Chelsea, Cesar Azpilicueta (kanan) bertembung dengan pemain tengah Aston Villa, Jack Grealish. - Foto EPA

Berita Harian X