Ahad, 27 Disember 2020 | 9:27am
Gaya penyerang Manchester United, Marcus Rashford selepas ledak gol pertama ketika menentang Leicester, malam tadi. - Foto AFP
Gaya penyerang Manchester United, Marcus Rashford selepas ledak gol pertama ketika menentang Leicester, malam tadi. - Foto AFP

Rashford sertai kumpulan legenda United

LONDON: Marcus Rashford menyertai kumpulan legenda Manchester United selepas kelab itu seri 2-2 dengan Leicester City, malam tadi.

Penyerang England itu membuka tirai jaringan di Stadium King Power untuk merekodkan gol ke-50 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Pada usia 23 tahun dan 56 hari, dia menjadi pemain muda ketiga United yang mencapai rekod berkenaan di belakang Wayne Rooney - yang melakukannya pada usia 22 tahun dan 157 hari - dan Cristiano Ronaldo pada usia 22 tahun dan 341 hari.

Marcus Rashford (tengah) diasak dua pemain Leicester, Wilfred Ndidi (kiri) dan James Justin. - Foto AFP
Marcus Rashford (tengah) diasak dua pemain Leicester, Wilfred Ndidi (kiri) dan James Justin. - Foto AFP

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer, berkata: "Marcus sentiasa bergerak bagi mencari ruang untuk menjaringkan gol dengan menggunakan kepantasan dimilikinya.

"Ia penyudah yang baik daripadanya Marcus," kata Solskjaer.

Rashford tenang menyudahkan lorongan daripada Bruno Fernandes pada minit ke-23 sebelum Harvey Barnes menyamakan buat Leicester lapan minit kemudian.

Fernandes kemudian meledak gol kedua buat United ketika berbaki 11 minit permainan dan di ambang untuk membawa meraih mata penuh.

Marcus Rashford (kanan) merembat masuk untuk gol pertama Manchester United. - Foto AFP
Marcus Rashford (kanan) merembat masuk untuk gol pertama Manchester United. - Foto AFP

Namun, harapan itu lebur apabila Axel Tuanzebe menjaringkan gol sendiri, selepas bola terbias daripada percubaan Jamie Vardy. 

Rashford mula mencipta nama di Old Trafford apabila dia meledak dua gol pada penampilan pertamanya bersama United ketika berdepan Arsenal dalam aksi Liga Europa pada Februari 2016. - Agensi

 

 

Berita Harian X