Rabu, 23 Disember 2020 | 8:56am
Pertahanan Juventus Leonardo Bonucci (kanan) kecewa selepas jaringan sendiri pasukannya ketika menentang Fiorentina. - Foto AFP
Pertahanan Juventus Leonardo Bonucci (kanan) kecewa selepas jaringan sendiri pasukannya ketika menentang Fiorentina. - Foto AFP

Fiorentina benam ego Juventus

MILAN: Juventus yang terpaksa beraksi 10 orang, tewas buat kali pertama dalam saingan Serie A musim ini apabila ditundukkan Fiorentina 3-0 di laman sendiri.

Kekalahan itu hadir beberapa jam selepas jam selepas juara bertahan berkenaan dimaklumkan yang mereka perlu melangsungkan perlawanan menentang Napoli yang dibatalkan 4 Oktober lalu kerana lawan tidak mahu ke Turin akibat kes COVID-19.

Cristiano Ronaldo (kanan) merembat bola ke arah gawang Fiorentina pada saingan Serie A di Stadium Allianz. - Foto EPA
Cristiano Ronaldo (kanan) merembat bola ke arah gawang Fiorentina pada saingan Serie A di Stadium Allianz. - Foto EPA

Napoli memenangi rayuan mereka kepada Jawatankuasa Olimpik Itali (CONI) selepas diberikan kekalahan 3-2 dan pemotongan satu mata kerana keengganan bermain di Turin.

Hasilnya, Juventus yang sebelum ini mengumpul 27 mata, kini tinggal 24 mata untuk berada di tangga keempat, terikat dengan Napoli dan Roma, tetapi ketinggalan tujuh mata di belakang pendahulu AC Milan.

"Ia bukan masalah buat kami untuk menentang Napoli, tetapi ia tidak adil bagi pasukan pelawat lain yang kehilangan mata kerana tidak beraksi akibat COVID-19.

Penyerang Fiorentina, Franck Ribery (kanan) diasak pemian Juventus, Federico Chiesa. - Foto AFP
Penyerang Fiorentina, Franck Ribery (kanan) diasak pemian Juventus, Federico Chiesa. - Foto AFP

"Saya lebih bersimpati ke atas mereka berbanding diri kami. Apa yang terjadi itu bagaimanapun bukan alasan untuk kekalahan kami.

"Kami memulakan permainan dengan sikap yang salah. Apabila bermula begini, anda akan mendapat susah," kata pengendali Juve Andrea Pirlo. - AFP

Reaksi pengendali Juventus, Andrea Pirlo ketika menentang Fiorentina. - Foto EPA
Reaksi pengendali Juventus, Andrea Pirlo ketika menentang Fiorentina. - Foto EPA

Berita Harian X