Khamis, 10 Disember 2020 | 7:28am
Pemain tengah Bayern Munich, Leroy Sane cuba mengatasi pemain Lokomotiv Moscow, Stanislav Magkeev pada perlawanan di Munich. - AFP
Pemain tengah Bayern Munich, Leroy Sane cuba mengatasi pemain Lokomotiv Moscow, Stanislav Magkeev pada perlawanan di Munich. - AFP

Bayern mudah atasi Lokomotiv Moscow

MUNICH, Jerman: Penyerang Bayern Munich, Eric Choupo-Moting melutut sambil mengangkat tangan ketika meraikan jaringannya selepas menang 2-0 mengatasi Lokomotiv Moscow pada saingan terakhir peringkat kumpulan LIga Juara-Juara sebentar tadi.

Pendirian penyerang itu terhadap isu perkauman hadir hanya 24 jam selepas rakan sepasukan di Paris Saint-Germain, meninggalkan padang sebagai bantahan terhadap dakwaan wujudnya isu perkauman daripada pengadil keempat dalam perlawanan kelab itu menentang Istanbul Basaksehir semalam.

"Saya mengikuti apa yang berlaku semalam, dan ia sedih untuk dilihat, tapi reaksi kedua-dua pasukan sangat hebat. Kita mesti terus bertarung menentang perkauman, kita tidak boleh menafikannya, kita mesti proaktif dan melakukannya," kata Choupo-Moting kepada Sky.

Gol Choupo-Moting mengesahkan kemenangan selesa buat Bayern, memberikan juara bertahan itu kemenangan kelima dalam usaha mempertahankan kejuaraan mereka musim ini.

"Kami bergelut untuk mencari ruang pada babak pertama, adalah penting untuk menjaringkan gol pertama. Kami terus memberi tekanan dan saya gembira berjaya mendapatkan gol itu," kata Choupo-Moting.

Ketika mereka sudah menjuarai Kumpulan A, jurulatih Bayern, Hansi Flick meletakkan pemain seperti Robert Lewandowski, Kingsley Coman dan Serge Gnabry di bangku simpanan berdepan Lokomotiv. - AFP

Berita Harian X