Rabu, 9 Disember 2020 | 7:25am
Pemain tengah FK Krasnodar, Remy Cabella (tiga dari kanan) merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga untuk gol pasukannya pada aksi terakhir kumpulan E saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London. - Foto AFP
Pemain tengah FK Krasnodar, Remy Cabella (tiga dari kanan) merembat kencang melepasi jangkauan penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga untuk gol pasukannya pada aksi terakhir kumpulan E saingan Liga Juara-Juara di Stamford Bridge, London. - Foto AFP

Krasnodar ikat The Blues

LONDON: Frank Lampard memuji kemajuan Chelsea kendaliannya selepas penalti Jorginho menyelamatkan mereka untuk keputusan 1-1 menentang Krasnodar pada perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Liga Juara-Juara, sebentar tadi.

Skuad kendalian Lampard sudah layak ke kelompok 16 terakhir sebagai juara kumpulan selepas menewaskan Sevilla 4-0 minggu lalu.

Namun mereka tidak mahu mengakhiri saingan kumpulan dengan tewas di tangan pasukan Russia itu yang mendahului permainan menerusi Remy Cabella pada babak pertama di Stamford Bridge.

Namun Jorginho memastikan Chelsea tidak kecundang dengan menyempurnakan sepakan penalti sejurus selepas gol pembukaan itu.

Chelsea belum tewas dalam 14 perlawanan semua pertandingan dan di landasan terbaik untuk memburu gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) serta Liga Juara-Juara buat kali kedua.

"Saya suka disiplin pasukan. Saya amat gembira. Kami mahu menang tetapi ia tidak berlaku.

"Semua bermain bagus. Tidak ada persembahan luar biasa tetapi minta pemain-pemain tampil profesional dan mereka melakukannya.

"Billy Gilmour amat bagus pada permulaan pertamanya musim ini, begitu juga Tino Anjorin.

"Kami memenangi kumpulan dan ia satu kemajuan," kata Lampard.

- AFP

Berita Harian X