Ahad, 6 Disember 2020 | 10:35am
Kenderaan pelbagai guna (MPV) milik penyerang muda JDT, Muhammad Syafiq Ahmad, 25 yang remuk teruk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal. - Foto Ihsan JBPM

FAM, JDT ucap takziah buat Syafiq

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengucapkan takziah kepada penyerang kebangsaan, Syafiq Ahmad yang kehilangan anak lelaki dan ibu mentuanya selepas terbabit dalam kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, awal pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Syafiq, 25, dan anak perempuannya yang berusia dua tahun, Aaira Nur Safiyya dilaporkan cedera ringan, manakala isterinya, Nor Amalina Norain, 25, cedera parah.

"Kami mendoakan semoga isterinya diberikan kesembuhan," kata badan induk itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Penyerang kebangsaan Syafiq Ahmad terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto NSTP
Penyerang kebangsaan Syafiq Ahmad terbabit dalam kemalangan awal pagi tadi. - Foto NSTP

Bayi lelakinya yang baru lahir pada 14 November lalu, Muhammad Aisy Saqeef; ibu mentuanya, Zainab Wahab, 45, dan pembantu rumah warga Indonesia, Titik Sukamti, 30-an dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian.

MPV milik Muhammad Syafiq yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal. - Foto ihsan JBPM
MPV milik Muhammad Syafiq yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 163 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Plaza Tol Jawi, Nibong Tebal. - Foto ihsan JBPM

Sementara itu, kelab yang diwakili Syafiq, Johor Darul Ta'zim (JDT) turut menghulurkan ucapan takziah kepada penyerang Harimau Malaya itu.

"Kami ingin mengucapkan salam takziah kepada Syafiq Ahmad, pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim atas pemergian ahli keluarga beliau. Semoga dicucuri rahmat ke atas roh Allahyarham. Al-Fatihah," kata kelab itu dalam kenyataan di Facebook rasmi, JOHOR Southern Tigers, hari ini.

Berita berkaitan:

  • Moga Syafiq tabah hadapi ujian
  • Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq akan dikebumikan satu liang lahat
  • Jenazah bayi, ibu mentua Syafiq dibawa ke Pendang
  • Bendera kelab JDT di pasang separuh tiang
  • Tak sempat jumpa cucu lelaki sulung
  • Tunku Mahkota Johor ucap takziah kepada pemain JDT
  • Penyerang JDT terbabit kemalangan, bayi maut
  • Berita Harian X